Showing posts with label Catatan pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan pengalaman. Show all posts

Sunday, 1 January 2017

Terima Kasih...

Entri : Pengalaman 2016 - 1
Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita dah masuk tahun 2017...banyak kenangan 2016 yang tidak dapat dilupakan. Ada yang baik, ada yang kurang baik, namun semua itu pengalaman yang mampu mematangkan kita. Lumrah dalam berniaga kita akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, ada yang positif dan ada yang negatif....hi..hi..hi...mula-mula dulu memang boleh buat diri ini rasa down, tapi..ini semua menjadikan kita lebih tabah, dan tahu bagaimana untuk menangani situasi macam ni..

Ada juga banyak pengalaman yang mampu buat diri ini senyum sokmo...

Sejak mengenali ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah), saya mula kenal ramai penulis buku. Maklumlah pengasas ABDR ( Pn Masayu) pun seorang penulis. Tak sangka, ada yang sudi berurusan dengan kami. Terima kasih Puan Monalita Mansor, mencari telekung untuk di hadiahkan kepada temannya..








Berminat untuk dapatkan telekung daripada kami...

Hubungi saya:
Blog: noorazilamohamad.blogspot.com
Sms / Whatsapp: 0192989202



Friday, 30 December 2016

Logo Baru

Entri : Rancangan 2017
Tek: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hampir ke penghujung tahun, pelbagai perancangan 2017 telah di atur, semoga Allah permudahkan segalanya. Siap watermark baru, semoga tahun mendatang lebih baik. In shaa Allah..

Cukuplah, simple dan comel..

Terima kasih kepada semua yang selalu menyokong kami, kami mohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang berurusan dengan kami. In shaa Allah, kami akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada kekurangan diri saya sendiri.

Terima kasih,
- Azila


 

Saturday, 3 October 2015

Form poslaju...

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

Assalammualaikum...

Bila sebut sahaja " bisnes online", pastinya kita tidak terlepas daripada sebarang penghantaran melibatkan ' curier service'. Saya menggunakan khidmat poslaju untuk kebanyakan penghantaran. Dulu, sewaktu bermula, setiap kali minta borang poslaju, pihak poslaju akan berikan paling banyak pun lima keping. Setiap hari membuat penghantaran di pejabat pos, setiap hari meminta borang baru, sehinggalah, pejabat pos bagi saya satu buku borang poslaju. :) ... semua borang yang melibatkan penghantaran, saya pastikan sentiasa ada..


 
   Borang poslaju


 
   Borang pos domestik (2kg keatas)


 
 Pelbagai jenis borang.


 
Setiap kali dapat borang, saya akan cop siap-siap...


Bermula bulan lepas, borang poslaju dah diasingkan, borang poslaju prabayar, borang poslaju dengan sampul sendiri dan borang poslaju kontrak.


 
 Borang poslaju yang menggunakan sampul sendiri.


 
Borang poslaju berkontrak


Setelah, agak sukar untuk menghantar parcel dalam kuantiti yang banyak, saya membuka akaun poslaju (pengeposan poslaju berkontrak)...banyak kelebihannya, sampul penghantaran percuma, poslaju akan collect dirumah (dicaj), borang yang siap di print dengan alamat pengirim (nama syarikat)...alhamdulillah, lebih mudah...


                                         Setelah berdaftar...




Alhamdulillah, semoga hari ke hari semakin baik dan sentiasa cuba memperbaiki diri...

Sekian...


Saturday, 26 September 2015

Pembungkusan

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi
 
Assalammualaikum...

Alhamdulillah, sejak berniaga, banyak yang telah saya lalui, bermula daripada zero..sekarang dah sedikit sedikit mahir, tapi mungkin tidak sehebat peniaga lain tetapi pencapaian yang mampu dibanggakan untuk diri sendiri. 

Dulu, agak sukar untuk mendapatkan plastik pembungkusan, saya terpaksa mencari secara online, pejabat pos ketika itu memamg susah untuk membekalkan plastik poslaju, terpaksalah  mengunakan plastik pembungkusan yang lain...





Ketika suami berkursus di Kuala Lumpur, kebetulan ada pelanggan yang order telekung, saya terpaksa mencari pejabat poslaju yang terdekat. Alhamdulillah, rupanya pejabat poslaju utama di Kuala Lumpur beroperasi sehinggal pukul 8 malam. Disitu begitu mudah untuk mendapatkan sampul poslaju. Apalagi saya beli borong sampul poslaju...

 

Namun, sekarang dah tak susah lagi, setelah buka akaun poslaju, sampul poslaju dibekalkan secara percuma..lebih mudah dan teratur...

 

Begitulah kisahnya, jika kita ingin belajar berniaga bermulalah dari bawah, kemudian sentiasa cuba memperbaiki diri dan jangan takut untuk bermula...in shaa Allah, pengalaman adalah guru yang terbaik untuk kita menjadi lebih baik..

Sekian...




Saturday, 15 August 2015

Blog Berpengaruh


Tek: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
 
 
Assalammualaikum...
 
Mula-mula kenal blog, saya memang agak 'ble-ble', bak kata orang mudalah kan. Saya sendiri kurang jelas pengaruh blog dalam pemasaran. Kenapa orang selalu tulis yang bukan-bukan, tajuk yang gembak-gempak, isu-isu hangat dan sebagainya untuk menarik trafik ke blog masing-masing. Di ABDR, saya mula belajar bagaimana untuk menarik trafik ke blog tetapi dengan etika menulisan yang betul. Alhamdulillah, ramai yang kenal kami melalui blog, dan ramai juga yang membeli barangan kami melalui blog. Kalau tidak percaya boleh 'search' kami di google ... http://noorazilamohamad.blogspot.com/ atau 'borong telekung solat' ... anda ingin belajar bina blog berpengaruh, boleh hubungi saya..
 
 
 Alhamdulillah...saya bersedia berkongsi ilmu..:)
 
 
 Email: noorazilamohamad@gmail.com
Page:
https://www.facebook.com/noorazilamohamad.bekerjadarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila)
 

Wednesday, 17 December 2014

Hikmah disebalik ujian Tuhan.

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google image & koleksi peribadi

Assalammualaikum..

Sempat menjengah ke blog rakan ABDR, Pn Sariah Awang Senik http://sariahawangsenik.blogspot.com/, Mencari ilham untuk menulis, Alhamdulillah, apabila membaca blog beliau, tentang suka duka kehidupan, terdetik untuk menulis tentang, " Hikmah disebalik ujian Tuhan". In shaa Allah sedikit perkongsian yang tidak seberapa daripada saya.



 
Saya pasti semua orang pernah merasa diuji, sama ada ujian kecil ataupun ujian besar. Apabila kita diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan dan pelbagai lagi, kadang-kadang terdetik juga didalam hati, "Kenapa mesti aku?, apakah tuhan tidak sayangkan aku?' Kenapa mesti aku diuji seberat dan sekerap begini?". Subhanallah, tanpa kita sedari, kita seolah-olah sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanya hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun itulah kelemahan manusia.
 
Antara hikmah ujian, seseorang itu akan berbalik kepada tuhanNya dan menjadi hamba Allah yang taat. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu. Sebab ujian itu bertentangan dengan keinginan dan kehendak nafsu manusia. Nafsu itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan sebagainya. Lalu apabila diuji, nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera keluar daripada ujian itu. Jadi apabila nafsu terdesak, hati dan akal akan terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa (mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat).
 
Ujian juga mampu mendidik hati untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
 
 
Kita mungkin boleh bercakap yang kita beriman pada Qada dan Qadar-Nya sebelum kita diuji, tetapi apabila kita diuji dengan ujian yang berat adakah kita rasa kita mampu menghadapinya. Hanya ujian Allah yang mampu menguji keimanan seseorang. Saya sendiri akui, saya juga insan yang lemah, saya pernah rasa berputus asa saat diuji, Alhamdulillah, sokongan suami menyedarkan saya, bahawa saya seolah-olah menyalahkan takdir tanpa saya sedari.
 
 
Ujian paling berat yang pernah saya rasakan, sewaktu saya terpaksa membuat keputusan untuk membenarkan Doktor menjalankan 'major operation' ke atas anak yang baru berusia 9 bulan. Hanya beberapa jam untuk membuat keputusan, jika tidak dibedah akan memudaratkan dan jika dibedah juga bergantung kepada kekuatan si kecil. Ya Allah, hati ibu mana yang mampu melihat anak menderita, hati ibu mana sanggup melihat anak menangis kerana kesakitan, hati ibu mana yang dapat bertahan di kala anak terpaksa berpuasa sebelum dan selepas pembedahan. Saya akui, saya insan yang lemah untuk menghadapi segalanya. Saya menyalahkan diri sendiri, air mata mengalir tiap kali melihat si kecil. Ketika itu juga, kali pertama sepanjang perkahwinan saya, saya melihat suami mengalirkan air mata.


 
 
Walaupun begitu, suami tetap cuba memberikan semangat dan kekuatan. Ibu dan ayah juga sentiasa ada disaat saya sangat memerlukan mereka. Alhamdulillah, saya mula tersedar, hanya Allah yang berkuasa atas segalanya. Saya cuba perbanyakkan doa dan mendekatkan diri dengan Allah.

Oleh itu, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah. In shaa Allah. Semoga kita sentiasa di bawah perlindunganNya.

 

Wednesday, 29 October 2014

Pengalaman bisnes.

Teks: Noor Azila Mohamad

Kita hanya mampu memilih satu daripada dua pilihan yang ada, bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Mungkin boleh melakukan keduanya dalam satu masa, tetapi bukan bagi saya. Saya terpaksa membuat pilihan, bekerja sendiri ataupun makan gaji, untuk lebih fokus. Disebabkan beberapa faktor, saya mengambil keputusan untuk bekerja sendiri. Tetapi untuk bertindak saya perlu melengkapkan diri terlebih dahulu. Ilmu perlu ditimba, pelbagai bahan bacaan dicari  dan pelbagai kursus dihadiri.
 
Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.
 
Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.
 
Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan  saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.
 
Namun, pelbagai lagi ilmu perlu dicari, banyak lagi kekurangan diri, sesungguhnya setiap ilmu yang kita cari akan banyak menbantu kita di kemudian hari. In shaa Allah.

Thursday, 23 October 2014

Tiada yang mustahil untuk menyusukan anak...

Teks: Noor azila mohamad
Foto: Google Images

 

 
Assalammualaikum...
 
Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi kisah suka duka menyusukan anak. Rasa agak terkilan sekiranya mendengar ibu-ibu muda sekarang memberikan anak susu formula seawal usia sehari. Tahukan kita, manusia merupakan sebaik-baik kejadian. Layak ke, anak kita diberikan selain susu ibu. Bayangkan susu yang kita berikan kepada bayi yang baru lahir, akan membentuk darah daging, patut ke kita memberikan anak selain susu ibu. Allah jadikan susu ibu, sebaik bayi dilahirkan, ini bermakna, susu ibu memang Allah jadikan untuk anak kita. Susu ibu merupakan hak anak, dan dia berhak tuntut di akhirat kelak sekiranya kita menafikan haknya.
 

Saya akui sememangnya bukan mudah untuk menyusukan anak sepenuhnya. Tapi "di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya"..dan..."hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih". Usahalah, jika itu yang terbaik untuk anak. Mungkin ramai yang berkata , "Jadi suri rumah bolehlah menyusukan sepenuhnya....", "Dia banyak susu, bolehlah...", Sibuklah...Takde masalah..Susahlah...dan pelbagai lagi alasan. Tapi setiap kesusahan kita untuk menyusukan anak, Allah janjikan pelbagai ganjaran, antaranya:
 
  • Kalau wanita menyusukan anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit akan datang bawa kabar gembira syurga "wajib" bagi kamu.

  •  
  • Wanita yang memberikan susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat 'satu pahala' daripada setiap susu yang diberikannya.

  •  
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia akan peroleh pahala satu tahun solat dan puasa.

  •  
Sedikit perkongsian suka duka menyusukan si manja. Sewaktu mengandungkan anak pertama, saya memang berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya. Dengan yakin, saya tidak menyenaraikan susu formula sebagai persediaan menyambut baby baru. Hanya botol susu, sekiranya bayi tidak pandai menghisap terus dari ibu. Pada 13/6/2011 saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Namun, selepas bersalin, saya mengalami masalah untuk bangun, mungkin kerana tulang pinggul sedikit lari. Semua pergerakan dibantu oleh suami, namun saya tetap ingin menyusukan anak saya dengan susu ibu. Walaupun sakit untuk bangun, saya cuba gagahi jua.

 
Seperti ibu-ibu lain, masalah kurang susu pada permulaan memang perkara biasa. Ini kerana bayi sememangnya  hanya menyusu dalam kuantiti yang sedikit pada awal kelahiran. Saya sekali lagi diuji, si manja tidak mahu menyusu terus dari si ibu. Saya terpaksa menyusukan si manja dengan menggunakan botol susu. Terpaksalah memerah susu secara 'manual'(breast pump manual), sehingga suami menghadiahkan 'breast pump electric'. Suami sentiasa ada untuk memberikan semangat, Alhamdulillah.

 
Seawal seminggu berpantang, keadaan kesihatan kurang baik, suara serak, kulit mengalami allergy dengan ubat dan demam. Susu badan juga agak terganggu. Namun, saya tetap nekad dengan niat untuk menyusukan anak sepenuhnya, saya cuba ajar anak menyusu terus dari ibu. Saya juga terpaksa mengharungi simptom biasa untuk ibu menyusu 'cracked nipple' yang agak serius, sehingga susu yang di pam berwarna merah (susu bercampur darah). Namun, suami dengan segera terus cari info di internet dan dapatkan ubat secara online.

 
Alhamdulillah, dengan berkat doa dan semangat dari seorang suami dan keluarga tercinta, saya  berjaya mengharungi segalanya walaupun kadang-kala, air mata membasahi bahu suami. In shaa Allah setiap usaha yang kita lakukan ikhlas kerana Allah, kita akan dapat ganjaran yang setimpal. Janji Allah itu pasti.In shaa Allah.

 
*In shaa Allah, ada peluang saya akan berkongsi petua memperbanyakan susu ibu dan amalan2 yg blh di amalkan.


 

Tuesday, 9 September 2014

Perkahwinan Jarak Jauh

Zaman kini, perkahwinan jarak jauh, adalah perkara biasa, saya juga pernah melalui perkahwinan jarah jauh di awal perkahwinan. Suami bekerja di Terengganu dan saya di Shah Alam. Sememangnya sebagai suami isteri, itu bukanlah kemahuan kita, tetapi disebabkan tuntutan kerjaya.

Apakah nilai perkahwinan jika terpaksa berjauhan???

Kita memilih pernikahan untuk menghalalkn yang haram dan hidup bersama, untuk saling melengkapi. Suami mengharapkan belaian seorang isteri, tempat meluahkan segala kesulitan, serta kekuatan buat suami. Begitu juga isteri, mengharapkan suami menjadi pelindung dirinya dalam pelbagai perkara dan membimbingnya ke syurga. Tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.

Lumrah alam, setelah berkahwin, pasangan akan dikurniakan cahaya mata, ini bermakna anak memerlukan dua insan untuk membesarkannya. Peranan ibu dan bapa berbeza tetapi gabungan keduannya adalah sangat bermakna. Saya pernah terbaca di majalah Pa&Ma, berkembangan anak akan terganggu sekiranya ibu dan bapa berjauhan. Mungkinkah kerana anak kurang masa bersama ibu bapa???.

Saya suka untuk berkongsi artikel dr 'iluvislam'

"Pandangan peribadi saya, isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga."

Kalau berhenti kerja atau bertukar kerja, akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan?

Sebolehnya kita berusaha untuk mencari pekerjaan yang berdekatan dengan suami. In shaa allah, perbanyakkan doa dan buat solat istikharah agar ditunjukkan jalan yang terbaik. Jika suami meminta isteri berhenti kerja, suami juga menyatakan kemampuan menanggung isteri sepenuhnya, subhanallah..inilah yang terbaik. Terbaik kerana terungkap dalam firman ALLAH, bahawa lelaki itu yang seharusnya menyara kehidupan seorang isteri.

Jika rezeki yang menjadi kerisauan anda, yakinlah ALLAH adalah pemberi rezeki yang sempurna. Rezeki ALLAH datang dari pelbagai sumber. Setiap orang rezekinya telah ditentukan. Cuma yakin dan niatkan tindakan kita kerana ALLAH. In shaa allah.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya mempunyai perkerjaan tetap selepas menamatkan pengajian. Alhamdulillah semua dipermudahkan, setelah berkahwin, saya dan suami  terpaksa tinggal berjauhan atas sebab kerjaya. Namun, atas rasa tanggungjawab seorang suami untuk melindungi isterinya, suami meminta saya berhenti atau bertukar ke Terengganu. Suami mahukan sebuah perkahwinan yang sempurna, dimana, isteri menyambutnya pulang dari kerja, makan minum disediakan isteri, dan  isteri sentiasa didepan mata.

Saya sedia melepaskan kerjaya pada ketika itu dan bercadang untuk mencari kerja berdekatan tempat kerja suami, serta yakin rezeki Allah itu begitu luas. Alhamdulillah, setelah saya berhenti kerja, gaji suami bertambah. Seolah-olah gaji saya berpindah kepadanya. Mungkinkah kebetulan!!!..seminggu mengikut suami, saya disahkan mengandung anak pertama...Alhamdulillah..rezeki allah itu adalah rahsiaNYA. Niat untuk kembali bekerja semakin pudar. Setelah bersalin, ketika dalam pantang, suami terima bonus dan kenaikan gaji. Alhamdulillah, rezeki anak. Apa yang paling mengembirakan dalam sesebuah rumah tangga ialah apabila kita hidup bersama dalam satu keluarga, ibu, ayah dan anak-anak. Kita hidup mencari keredhaannya, maka yakinlah dengan ketentuannya.

 

Tuesday, 24 June 2014

Raya di Pahang vs Sarawak

Teks: noor azila mohamad

Semenjak hampir dengan ramadhan, tiap kali buka fb, nampak promosi raya, baju raya, kuih raya, semua rayalah. Tetiba pula teringat tahun ini, raya sebelah suami, sebab tahun lepas sewaktu raya, tengah berpantang anak ke-2, tidak dapat beraya di Sarawak.
 
Sejak bersuamikan orang Sarawak, sedikit sebanyak terpaksa mengambil tahu cara dan budaya orang sana. Perkara yang paling saya tertarik mengenai beraya di Sarawak ialah berpakaian tradisional sepanjang 7 hari, hari raya. Baik kanak-kanak mahupun dewasa akan memakai baju kurung dan baju melayu sepanjang masa, siang mahupun malam, di rumah ataupun keluar berjalan. Suasana raya, memang terasa sepanjang 7 hari raya. Berbeza di Semenanjung, di mana baju melayu hanya dipakai pada hari raya pertama atau pun sewaktu keluar beraya sahaja. Kanak-kanak lebih mengemari t-shirt dan 'dress'.
 
Hidangan raya juga sedikit berbeza, di Sarawak, mereka sering menghidangkan kek lapis, asam, kerepek dan kebiasaannya air bergas. Di Semenanjung, kita lebih banyak dihidangkan dengan kuih raya yang pelbagai jenis. Makanan tradisional mungkin sedikit berbeza. Kebiasaannya di Sarawak makanan dan minuman yang dihidangkan, kurang manis dan kurang pedas berbanding di Semenanjung.
 
Setiap negeri pasti ada keunikannya tersendiri, cara dan budaya hidup yang berbeza. Pastinya sesuatu yang unik untuk di hargai. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...