Tuesday 9 September 2014

Perkahwinan Jarak Jauh

Zaman kini, perkahwinan jarak jauh, adalah perkara biasa, saya juga pernah melalui perkahwinan jarah jauh di awal perkahwinan. Suami bekerja di Terengganu dan saya di Shah Alam. Sememangnya sebagai suami isteri, itu bukanlah kemahuan kita, tetapi disebabkan tuntutan kerjaya.

Apakah nilai perkahwinan jika terpaksa berjauhan???

Kita memilih pernikahan untuk menghalalkn yang haram dan hidup bersama, untuk saling melengkapi. Suami mengharapkan belaian seorang isteri, tempat meluahkan segala kesulitan, serta kekuatan buat suami. Begitu juga isteri, mengharapkan suami menjadi pelindung dirinya dalam pelbagai perkara dan membimbingnya ke syurga. Tempat seorang isteri adalah disisi suaminya.

Lumrah alam, setelah berkahwin, pasangan akan dikurniakan cahaya mata, ini bermakna anak memerlukan dua insan untuk membesarkannya. Peranan ibu dan bapa berbeza tetapi gabungan keduannya adalah sangat bermakna. Saya pernah terbaca di majalah Pa&Ma, berkembangan anak akan terganggu sekiranya ibu dan bapa berjauhan. Mungkinkah kerana anak kurang masa bersama ibu bapa???.

Saya suka untuk berkongsi artikel dr 'iluvislam'

"Pandangan peribadi saya, isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).

Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga."

Kalau berhenti kerja atau bertukar kerja, akan memberi kesan kepada gaji dan pendapatan?

Sebolehnya kita berusaha untuk mencari pekerjaan yang berdekatan dengan suami. In shaa allah, perbanyakkan doa dan buat solat istikharah agar ditunjukkan jalan yang terbaik. Jika suami meminta isteri berhenti kerja, suami juga menyatakan kemampuan menanggung isteri sepenuhnya, subhanallah..inilah yang terbaik. Terbaik kerana terungkap dalam firman ALLAH, bahawa lelaki itu yang seharusnya menyara kehidupan seorang isteri.

Jika rezeki yang menjadi kerisauan anda, yakinlah ALLAH adalah pemberi rezeki yang sempurna. Rezeki ALLAH datang dari pelbagai sumber. Setiap orang rezekinya telah ditentukan. Cuma yakin dan niatkan tindakan kita kerana ALLAH. In shaa allah.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya mempunyai perkerjaan tetap selepas menamatkan pengajian. Alhamdulillah semua dipermudahkan, setelah berkahwin, saya dan suami  terpaksa tinggal berjauhan atas sebab kerjaya. Namun, atas rasa tanggungjawab seorang suami untuk melindungi isterinya, suami meminta saya berhenti atau bertukar ke Terengganu. Suami mahukan sebuah perkahwinan yang sempurna, dimana, isteri menyambutnya pulang dari kerja, makan minum disediakan isteri, dan  isteri sentiasa didepan mata.

Saya sedia melepaskan kerjaya pada ketika itu dan bercadang untuk mencari kerja berdekatan tempat kerja suami, serta yakin rezeki Allah itu begitu luas. Alhamdulillah, setelah saya berhenti kerja, gaji suami bertambah. Seolah-olah gaji saya berpindah kepadanya. Mungkinkah kebetulan!!!..seminggu mengikut suami, saya disahkan mengandung anak pertama...Alhamdulillah..rezeki allah itu adalah rahsiaNYA. Niat untuk kembali bekerja semakin pudar. Setelah bersalin, ketika dalam pantang, suami terima bonus dan kenaikan gaji. Alhamdulillah, rezeki anak. Apa yang paling mengembirakan dalam sesebuah rumah tangga ialah apabila kita hidup bersama dalam satu keluarga, ibu, ayah dan anak-anak. Kita hidup mencari keredhaannya, maka yakinlah dengan ketentuannya.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...