Thursday 23 October 2014

Tiada yang mustahil untuk menyusukan anak...

Teks: Noor azila mohamad
Foto: Google Images

 

 
Assalammualaikum...
 
Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi kisah suka duka menyusukan anak. Rasa agak terkilan sekiranya mendengar ibu-ibu muda sekarang memberikan anak susu formula seawal usia sehari. Tahukan kita, manusia merupakan sebaik-baik kejadian. Layak ke, anak kita diberikan selain susu ibu. Bayangkan susu yang kita berikan kepada bayi yang baru lahir, akan membentuk darah daging, patut ke kita memberikan anak selain susu ibu. Allah jadikan susu ibu, sebaik bayi dilahirkan, ini bermakna, susu ibu memang Allah jadikan untuk anak kita. Susu ibu merupakan hak anak, dan dia berhak tuntut di akhirat kelak sekiranya kita menafikan haknya.
 

Saya akui sememangnya bukan mudah untuk menyusukan anak sepenuhnya. Tapi "di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya"..dan..."hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih". Usahalah, jika itu yang terbaik untuk anak. Mungkin ramai yang berkata , "Jadi suri rumah bolehlah menyusukan sepenuhnya....", "Dia banyak susu, bolehlah...", Sibuklah...Takde masalah..Susahlah...dan pelbagai lagi alasan. Tapi setiap kesusahan kita untuk menyusukan anak, Allah janjikan pelbagai ganjaran, antaranya:
 
  • Kalau wanita menyusukan anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit akan datang bawa kabar gembira syurga "wajib" bagi kamu.

  •  
  • Wanita yang memberikan susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat 'satu pahala' daripada setiap susu yang diberikannya.

  •  
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis di waktu malam dengan sabar, dia akan peroleh pahala satu tahun solat dan puasa.

  •  
Sedikit perkongsian suka duka menyusukan si manja. Sewaktu mengandungkan anak pertama, saya memang berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya. Dengan yakin, saya tidak menyenaraikan susu formula sebagai persediaan menyambut baby baru. Hanya botol susu, sekiranya bayi tidak pandai menghisap terus dari ibu. Pada 13/6/2011 saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Namun, selepas bersalin, saya mengalami masalah untuk bangun, mungkin kerana tulang pinggul sedikit lari. Semua pergerakan dibantu oleh suami, namun saya tetap ingin menyusukan anak saya dengan susu ibu. Walaupun sakit untuk bangun, saya cuba gagahi jua.

 
Seperti ibu-ibu lain, masalah kurang susu pada permulaan memang perkara biasa. Ini kerana bayi sememangnya  hanya menyusu dalam kuantiti yang sedikit pada awal kelahiran. Saya sekali lagi diuji, si manja tidak mahu menyusu terus dari si ibu. Saya terpaksa menyusukan si manja dengan menggunakan botol susu. Terpaksalah memerah susu secara 'manual'(breast pump manual), sehingga suami menghadiahkan 'breast pump electric'. Suami sentiasa ada untuk memberikan semangat, Alhamdulillah.

 
Seawal seminggu berpantang, keadaan kesihatan kurang baik, suara serak, kulit mengalami allergy dengan ubat dan demam. Susu badan juga agak terganggu. Namun, saya tetap nekad dengan niat untuk menyusukan anak sepenuhnya, saya cuba ajar anak menyusu terus dari ibu. Saya juga terpaksa mengharungi simptom biasa untuk ibu menyusu 'cracked nipple' yang agak serius, sehingga susu yang di pam berwarna merah (susu bercampur darah). Namun, suami dengan segera terus cari info di internet dan dapatkan ubat secara online.

 
Alhamdulillah, dengan berkat doa dan semangat dari seorang suami dan keluarga tercinta, saya  berjaya mengharungi segalanya walaupun kadang-kala, air mata membasahi bahu suami. In shaa Allah setiap usaha yang kita lakukan ikhlas kerana Allah, kita akan dapat ganjaran yang setimpal. Janji Allah itu pasti.In shaa Allah.

 
*In shaa Allah, ada peluang saya akan berkongsi petua memperbanyakan susu ibu dan amalan2 yg blh di amalkan.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...