Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Friday, 30 December 2016

Logo Baru

Entri : Rancangan 2017
Tek: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hampir ke penghujung tahun, pelbagai perancangan 2017 telah di atur, semoga Allah permudahkan segalanya. Siap watermark baru, semoga tahun mendatang lebih baik. In shaa Allah..

Cukuplah, simple dan comel..

Terima kasih kepada semua yang selalu menyokong kami, kami mohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang berurusan dengan kami. In shaa Allah, kami akan cuba perbaiki dari masa ke semasa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripada kekurangan diri saya sendiri.

Terima kasih,
- Azila


 

Friday, 23 December 2016

Fokus.

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi




Assalamualaikum...

Sejak belajar dan mendekati dunia bisnes, banyak pengalaman yang mampu mematangkan diri. Kadang-kadang pengalaman pahit itu sebenarnya ubat yang paling mujarab dalam mematangkan diri. Hi..hi..hi..tak delah pahit mana, cuma, bagaimana masalah harga dengan produk tiruan, bagaimana sukarnya uruskan dropship, bagaimana cara menghadapi kerenah pelanggan dan pelbagai lagi.

Alhamdulillah, hari ini, detik ini, 4.34am 23/12/2016...semoga noor azila mohamad terus fokus dalam bisnes yang dia dah terjun. Semoga 2017 lebih bermakna. Azam baru..semangat baru..

TQ Allah, Engkau adalah MENTOR yang terbaik untukku...

Semoga hambaMu ini, sentiasa bersemangat dalam bisnes kerana Mu..amin..:)


-azila



Wednesday, 20 April 2016

Bisnes bukan semudah yang kita sangka.

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum..

Jam sekarang pukul 3.33am, masih sibuk dengan kerja. Siapa kata bekerja sendiri boleh rehat dan lebih banyak masa. Jika anda belum bersedia untuk menghadapi lebih banyak komitmen dan tekanan, bekerja sendiri bukan pilihan yang baik untuk anda. Namun, bezanya, setiap pengorbanan dan kepenatan kita, akan rasa berbaloi jika kita mampu mencapai apa yang kita targetkn.


Pelanggan...
Hari ini, ada pelanggan yang meluahkan rasa kurang senang, sebab saya tidak dapat reply whatsapp 'ASAP'. Saya betul-betul minta maaf, kadang-kadang saya terlepas pandang, kadang-kadang dalam satu-satu masa saya berwhatsapp dengan lebih daripada 5 customer, belum lagi dengan 'pm' di page. Setiap kita hanya ada 24 jam. Kita perlu bahagikn masa untuk bisnes, family, pelajaran anak-anak, dan pelbagai lagi. Alhamdulillah, saya semakin belajar membahagikan masa dengan baik, namun ada masanya, sesuatu perkara yang berlaku diluar rutin kita. Ini memyebabkan rutin harian kita turut berubah. Minggu ini agak 'busy', sebelum bercuti khamis ni, perlu siapkan beberapa perkara. Saya selalu memohon kepadaNya agar sentiasa diketemukan dengan pelanggan-pelanggan yang positif. Saya bisnes adalah untuk mendapat sedikit keberkatan dari maha pencipta, bukan untuk mengejar kemewahan. Dan apa guna bisnes jika, ia membuatkan saya kurang masa menghadap Maha pencipta.




Stock Clearance..
Hari ni nak updated stock, nak clearkan stock yang ada, sebelum order stock baru. Alhamdulillah..bagi harga borong sahaja. Terima kasih kepada yang dah order..





Pakej Mula Berniaga dan Agen Dropship...
Untuk yang dah order pakej mula berniaga, In shaa Allah, hari ni kami pos dan untuk yang berminat menjadi agen dropship, kami akan hubungi kemudian. In shaa Allah...


### Apa pun terima kasih buat semua yang sudi berkunjung ke page dan blog "Borong Telekung Solat"...Berminat mana-mana telekung bolehlh hubungi saya..

 
Hubungi saya:
Sms / Whatsapp: 0192989202
 
 
 

Tuesday, 19 April 2016

Wakaf untuk arwah ayah...

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah..baru siap packing order pelanggan. Hari ini agak tersentuh, bila ada seorang isteri dan anak yang order telekung untuk diwakafkan di surau sekolah, untuk arwah suaminya. Semoga wakaf ini menjadi pahala yang berterusan buat arwah suami. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kita sebagai anak, jika ibu bapa masih hidup, janganlah sia-siakan mereka, cubalah mencari masa dan ruang untuk bersama mereka. Dan jika mereka sudah tiada janganlh pula kita lupa kirimkan pahala untuk mereka. Semoga ibu bapa di dunia ini sentiasa diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.




 



Hubungi saya:
Sms / Whatsapp: 0192989202


Monday, 1 February 2016

Realiti di Zaman Kita Sekarang ini...


Sumber: fb JAKIM




 


REALITI DI ZAMAN KITA SEKARANG INI

Banyak rumah besar --- keluarganya makin kecil

Tingkat pendidikan makin tinggi --- akal sehat makin rendah

Sistem perubatan makin canggih --- kesihatan makin buruk

Travelling keliling dunia --- tak kenal dengan jiran tetangga

Pendapatan bertambah --- tak ada ketenteraman jiwa

Kualiti ilmu tinggi --- kualiti emosi rendah

Manusia makin banyak --- rasa kemanusiaan makin menipis

Pengetahuan makin bagus --- kearifan makin berkurang

Perkahwinan makin meriah --- kesetiaan hampir punah

Banyak teman di dunia maya --- tak punya sahabat sejati

Pakai jam tangan mahal --- selalu kekurangan waktu

Ilmu semakin tersebar --- adab dan akhlak makin lenyap

Al Qur’an banyak dihafal --- sedikit sekali yang mengamalkan

Belajar semakin mudah --- guru makin tak berharga

Teknologi informasi kian canggih --- fitnah dan aib makin banyak tersebar

Orang yang sedikit ilmu banyak bicara --- orang yang banyak ilmu terdiam

Akhir zaman… tampak jelas dihadapan kita ya ikhwah!

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ . .

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa Jahanam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari keburukan fitnah Al Masih Ad Dajjal” (HR. Muslim no. 588)

Wallahu A'lam.. renung2kan lah..

Sekadar perkongsian



Wednesday, 1 July 2015

Kedai Online vs Kedai Offline

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi
 
Assalammualaikum...
Sebelum ini, ramai pelanggan yang bertanya di mana kedai? Boleh ke nak berkunjung ke kedai? Kedai buka ke, hujung minggu?. Saya akui saya hanya beroperasi secara online, kenapa ye?..
 
 
Masa bersama family
Suami sering bekerja di luar kawasan, kadang-kadang seminggu lamanya, anak-anak masih kecil, suami sangat-sangat risau jika kami tidak ikut bersama. Apabila saya menjalankan bisnes secara online, kemana sahaja saya pergi, selagi ada labtop, internet dan pejabat pos saya masih boleh bekerja. Jika saya mempunyai kedai offline, ia akan menjadi satu masalah untuk difikirkan. In shaa Allah, mungkin saya akan buka kedai offline apabila anak-anak sudah besar nanti.
 
 
Minggu ni bekerja dari Hotel Impiana klcc.. :)
 
 
Risiko
Untuk stabil dalam sesebuah bisnes, ia memakan masa. Apa yang kita dapat lakukan untuk mengurangkan risiko ialah bermula dari bawah. Saya baru setahun dalam bisnes telekung solat, focus utama ialah pemasaran melalui online, jika kita mampu mendapatkan jualan yang tinggi setiap bulan, kita tidak akan risau jika kita mempunyai kedai offline. Ini kerana jika kita bergantung sepenuhnya kepada kedai offline, banyak factor yang perlu dipikirkan seperti lokasi premis, persaingan, cara tarik pelanggan dan sebagainya. Seperti kata pakar bisnes online, jika kita mampu buat jualan RM30k sebulan melalui online, baru kita layak untuk buka kedai offline. Itu yang saya pegang. In shaa Allah.
 
 
 
 
Untuk masa hadapan
Anak-anak masih kecil, inilah masanya, saya luangkan sepenuhnya masa untuk mereka. Melihat mereka membesar di depan mata, betul-betul memahami mereka dan bermain bersama memang cukup indah. Menguruskan kedai online cukup mudah, cuma pengurusan masa yang baik sangat penting. Mungkin beberapa tahun lagi, mereka dah mula sibuk dengan sekolah, aktiviti itu ini, dan program sana sini. Dan ketika itu juga, bisnes dan mula stabil, mereka dah kurang bersama saya, saya boleh meluangkan lebih masa untuk fokus dalam bisnes. In shaa Allah.
 
Apapun perancangan kita, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Mungkin ini yang terbaik untuk saya, bukan untuk orang lain. Dan apa yang terbaik untuk orang lain belum tentu ialah terbaik untuk saya. Mintalah petunjuk dari yang Maha Mengetahui. In shaa Allah. Senang kemudian hari...:)
 
 
 

 

Tuesday, 30 June 2015

Jubah Menyusu Buat Isteri.

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto : Koleksi Peribadi
 
Assalammualaikum...
Sudah lama tidak berkesempatan untuk menulis, sibuk dengan pelbagai perkara. Alhamdulillah, kini cuba fokus semula untuk menulis. Kita dah hampir pertengahan bulan ramadhan, tentu semua sibuk mencari baju raya untuk anak-anak, sibuk buat kuih raya, persiapan raya, macam-macam raya lah kan...kami sekeluarga juga tidak terkecuali...
 
Kononnya, jika saya buat persiapan raya awal, lepas ni tidak perlu sibuk-sibuk lagi. Saya telah menempah 3 pasang baju raya beberapa bulan sebelum ramadhan. Tetapi aturan Allah, lebih sempurna, kami bakal menerima seorang cahaya mata lagi , Alhamdulillah. Ini bermakna syawal nanti kandungan dah masuk 4 bulan, kesimpulannya, semua baju raya yang di tempah tak boleh pakai lagi..Semangat nak cari baju baru pun dah berkurang, takpelah, cari baju untuk anak-anak jelah... 
 
 
 
 
Alhamdulillah..terharu sangat-sangat, bila bangun tengah malam untuk bekerja, ada sesuatu tergantung berhampiran tempat saya bekerja. Sememangnya rutin harian saya, akan bangun tengah malam untuk packing order customer, record semua yang perlu, dan semua yang berkaitan kerja. Keluar dari bilik, untuk memulakan kerja, kemudian terlihat jubah yang tergantung, yang dibuat sendiri oleh suami (Jubah menyusu). Jubah hasil tangan suami, tidak perlu risau, jarang ke, ketat ke, semua sempurna. Esoknya suami kata " mana boleh isteri abang takde baju raya, nanti kita buat beberapa pasang lagi, sedondon"...terima kasih En Suami..:).. suka sangat-sangat..
 

 
 
 
 

Thursday, 4 June 2015

Terima Kasih Suami...

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Image
 
Assalammualaikum...
Alhamdulillah, hari ini, 4 Jun, genap usia perkahwinan kami yang ke-5 tahun. Sekejap rasanya masa berlalu, dan kini kami dikurniakan sepasang cahaya mata, Adam Azhad dan Azalea Adawiyah. Dalam tempoh lima tahun, banyak yang telah kami lalui, dan menjadikan kami lebih matang dalam menghadapi kehidupan.
 
 
Ingat lagi...
Saat melahirkan anak pertama..
Suami serba tak kene dibuatnya, bimbang, kesian, semua ada, tangan kemerahan menahan genggaman si isteri, dari mula masuk wad bersalin sehingga baby dilahirkan, suami sentiasa disisi. Permulaan menjadi seorang ibu, bukanlah semudah yang di sangka, sehingga satu tahap, baby menangis ibu pun menangis...hi..hi..hi..tapi itu dulu lah kan... terima kasih suami kerana menjadi penguat semangat.
 
Bila anak kedua..
Alhamdulillah, kita dah semakin berdikari, mak tak sempat datang untuk teman bersalin, hanya di temani suami. Kita uruskan baby dan Adam sendiri, hanya beberapa minggu di kampung, seterusnya berpantang sendiri. Suami akan siapkan makan, jemur kain dan semua yang perlu sebelum ke tempat kerja. Terima kasih suami kerana sudi menguruskan semuanya...
 
Bila diuji...
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan...kita terpaksa membuat keputusan untuk membenarkan pembedahan Adawiyah, dalam masa tak sampai 6 jam. Keputusan yang amat sukar, pada usianya yang baru 8 bulan. Ibu mana sanggup melihat anaknya kesakitan. Tuhan sahaja tahu, perasaan kami ketika itu, air mata tak  berhenti mengalir, semakin suami memujuk semakin laju air mata mengalir. Kuatnya hati seorang suami di depan isteri, namun dia tewas, kali pertama dia mengalirkan air mata ketika bercakap dengan ibunya, untuk memberitahu perkara tersebut...Terima kasih suami kerana menjadi sumber kekuatan...
 
Alhamdulillah...
Banyak perkara yang kita lalui bersama, susah senang cuma kita yang tahu, saling bergantung antara satu sama lain, menjadi kekuatan masing-masing, semoga hubungan ini kekal hingga ke jannah, In shaa Allah.
 
Tiada manusia yang sempurna..
Janganlah mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan kita, kita juga bukanlah manusia yang sempurna. Suami bukanlah seorang yang romantic, tidak pandai berjanji manis, namun perbuatannya sudah cukup buat diri ini mengerti... Terima kasih suami kerana terima segalanya seadanya..


Wednesday, 25 February 2015

Selamat Hari Lahir "Mak"..

Teks: Noor Azila Mohamad
 
Assalammualaikum...
 
Sejak dari kecil, mak ngan aboh tidak pernah lupa hari lahir anak-anak. Tidak pernah lupa kek hari lahir, sehingga jika hari lahir kami, kami akan tercari-cari di mana mak dan aboh sorokkan kek. Alhamdulillah, tahun ini, kami adik beradik dapat berkumpul untuk memberikan sedikit kejutan sempena hari lahir 'mak', walaupun awal sedikit...Selamat hari lahir mak..terima kasih untuk segalanya.
 

 
 
 
 
Sempena hari lahir ibu tahun ni, saya pilih telekung sutera dove, hi..hi..hi..walaupun dah selalu hadiahkan telekung, tapi kali ni lebih istimewa...
 
 
 
 
 

Wednesday, 4 February 2015

Sebulan berlalu...

Teks: Noor azila mohamad

Alhamdulillah...
Setelah sebulan berlalu, tahun 2015 menjadi permulaan untuk berusaha lebih gigih. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga impian dan harapan akan menjadi kenyataan. In shaa Allah.

Terharu dengan sambutan dan kepercayaan pelanggan-pelanggan kami. Apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi berurusan dengan kami.


Setiap hari, isi form ni...


Alhamdulillah, sentiasa ada permintaan..


Hari-hari packing barang...
 
 
Sampai, pekerja poslaju bagi stok untuk sebulan...
 
 
 

Friday, 16 January 2015

Telekung solat : Telekung sutera dove

Teks: Noor Azila Mohamad

Alhamdulillah, dah masuk 16/1...semalam semua barang customer untuk minggu nie dah dipos. Telekung sutera dove yang baru sampai, semua sudah di hantar kepada tuannya. Petang semalam, sempat menghantar (COD), telekung sutera dove kepada tuannya, Alhamdulillah, customer sangat berpuas hati dengan qualitinya. Sesiapa berminat dengan telekung sutera dove blh pm saya...


 

 

 
 
 
 

Monday, 12 January 2015

Anakku vs pembantuku..

Teks: Noor Azila Mohamad
 
 
Semalam 11/1/2015, hari pertama Adam gi 'school', kelam kabut jugak bila rutin ibu berubah. Adam dah 4 tahun, besar dah anak ibu. Bangun seawal pagi untuk packing barang customer dan siapkan keperluan Adam. Semalam tak sempat nak pos barang pagi, lepas ambil Adam, baru pergi pejabat pos. Bawa kedua-dua pembantu nie memang betul-betul mencabar. Agak ramai orang di pejabat pos, no 2232, no yang tertera di dinding pejabat pos baru 2214...Alamak.. Adam, menyanyikan lagu ABC menghiburkan orang yang menunggu, adawiyah pula buat pemantauan seluruh pejabat pos, aduyai...anakku..anakku..


Anak ibu nak gi 'school'
 

Pagi-pagi ibu bangun, siapkan semua keje...
 

Dah, siap packing..
 
#Gambar kat pejabat pos, x blh nk ambil, sbb busy ngan pembantu dua orang.:)

Wednesday, 31 December 2014

Borong : Telekung Vietnam 36 kuntum.

Salam semua...Alhamdulillah, semalam sempat COD telekung kepada pelanggan kami untuk di infaqkan kepada mangsa banjir di Kuala Krai. Semoga infaq yang diberi mampu menjadi saham kita diakhirat kelak, In shaa Allah. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.







 

 


Hubungi saya:
Sms / Whatsapp: 0192989202


Sunday, 28 December 2014

Borong telekung solat: Restok

Alhamdulillah...stok beberapa jenis telekung sampai lebih awal daripada jangkaan. Walaupun orang lain sibuk bercuti, kami sibuk bekerja..In shaa Allah, kami akan upload setiap corak yang ada...tunggu yeee..
 
 
 

 

Aktiviti merekod dan melabel..


Hubungi saya,
 
Page: https://www.facebook.com/borongtelekungsolatazila
SMS/whatsapp: 0192989202 
 

Wednesday, 19 November 2014

Kemahiran sebagai sumber pendapatan...

Teks: Noor Azila Mohamad
 
Assalammualaikum..
 
 
Cuba mencari idea untuk menulis setiap hari. Rupannya tidak semudah yang disangka, kita mampu berborak dan bercerita secara lisan sepanjang hari, tapi belum tentu mampu untuk bercerita dalam bentuk penulisan untuk satu perenggan. Ish..ish..ish..Hari ini, saya cuma ingin berkongsi apa yang saya lakukan untuk mengisi masa terluang, walaupun pada hakikatnya 'busy sokmo'.
 
 
Emak, merupakan seorang usahawan kraftangan rotan, sejak saya kecil. Beliau mendapat bimbingan dan bantuan daripada Kraftangan Malaysia, FELDA dan SDSI negeri Pahang. Merupakan seorang usahawan berjaya. Eh, bukan itu yang saya ingin kongsikan, in shaa Allah entri akan datang. Yang saya ingin kongsikan ialah, sedikit sebanyak kemahirannya saya pelajari.
 
 
Saya mempunyai sedikit kemahiran dalam menganyam rotan, saya menghasilkan bunga telur rotan untuk majlis perkahwinan saya sendiri. Sejak dari itu, permintaan untuk bunga telur rotan sangat menggalakkan, sehingga saya menghadkan tempahan. Sehingga ke hari ini, saya masih menganyam bunga telur rotan untuk mengisi masa terluang, dan akan membawanya pulang setiap kali balik ke kampung. Agar emak mempunyai stok bunga telur untuk dijual. Jika anda mempunyai kemahiran, gunakan kemahiran itu untuk menjana pendapatan. In shaa Allah, rezeki Allah itu begitu luas.






Monday, 14 July 2014

Perkara yang menggelapkan hati

Teks: noor azila mohamad
Sumber: Buku rahsia minda hebat.

Tahukah kita banyak perkara yang boleh menggelapkan hati. Antaranya:
  • Kenyang perut, Luqman al-Hakim menasihati anaknya:
    • "Wahai anakku (ingatlah), apabila perut dipenuhi makanan, maka padamlah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (ilmu) dan beratlah anggota untuk beribadah."
  • Berkawan dengan orang yang melakukan aniaya.
  • Melupakan dosa-dosa lalu tanpa rasa insaf.
  • Panjang angan-angan.
  • Bimbang terhadap hal-hal keduniaan.
    • Sayidina Othman bin Affan, khalifah yang mengumpul dan membukukan al-Quran, mengambarkan tentang halangan-halangan untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan lemahnya daya hafalan dengan katanya: "Kebimbangan terhadap hal-hal keduniaan menggelapkan hati manakala kebimbangan terhadap hal-hl akhirat menyinarkan hati."
  • Perkataan yang sia-sia
    • Imam syafi'i pernah berkata: "Sesiapa yang ingin dicemerlangkan hatinya oleh Allah, hendaklah meninggalkan perkataan yang sia-sia.

Sunday, 6 July 2014

Hukum minum air yang dibacakan ayat Al-Quran.

Teks: noor azila
Sumber: Buku Rahsia minda hebat

Amalan ini selalu kita lakukan, tapi tahukan kita hukumnya?...Jom kita kupas sedikit mengenai amalan ini.

Imam Ahmad bin Hanbal menjelaskan:
"Al-Quran itu apabila ditulis pada sesuatu dan dibasuh seperti diminum airnya, tidaklah ditegah. Malahan dibolehkan menulis ayat al-quran pada bekas tertentu kemudian diberikan minum kepada pesakit, begitu juga dibacakan al-Quran ke atas sesuatu, kemudian diminum (atau dimakan). Ataupun dibacakan al-quran pada air kemudian dipercikkan ke atas pesakit; juga menuliskan ayat al-Quran dan diberi minum kepada perempuan yang hendak bersalin."

Imam Jalaluddin al-Suyuti dalam kitabnya al-Itqaan menulis:
"Imam Nawawi dalam kitab Syarah al-Muhazzab menyentuh tentang hokum menulis ayat al-Quran pada papan tulis (luh) atau sesuatu bekas kemudian dibasuh dan diberi minum kepada pesakit. Menurut Hasan al-Basri, Mujahid, Abu Qilabah dan al_Auza'i, ia dibolehkan."

Amalan ini termasuk menulis ayat al-Quran pada pinngan putih menggunakan dakwat zakfaran atau lain-lain jenis dakwat yang boleh dimakan kemudian dilarutkan dakwatnya itu ke dalam air dan meminum airnya.

Menurut Mazhab Syafi'i
Hukum menggunakn ayat al-Quran seperti kaedah di atas adalah harus kerana al-Qadhi Husain dan al-Baghawi dan lainnya berkata:
"Diharuskan menulis ayat al-Quran pada manusia (untuk tujuan berubat) atau pada makanan, tidak mengapa memakannya."

Bagi mazhab lain.
Hukumnya adalah makruh dan tidak ada mana-mana ulama atau mazhab menghukumkannya sebagai haram atau dilarang.

Friday, 20 June 2014

Khusyukkah solat kita?

Teks: noor azila mohamad
Rujukan: Zakat Selangor

Assalammualaikum...

Kita sendiri sedia maklum, sebagai umat islam, solat merupakan perkara wajib. Tetapi bagaimana khusyu' sesorang individu dalam solatnya adalah berbeza dan ada turun naiknya. Khusyu' bolehlah di ertikan dengan menumpukan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa solat seperti ia berhadapan dengan Allah. Hati dan fikirannya berada sepenuhnya di dalam solat tersebut dan tidak lalai daripada mengingati perkara-perkara lain di luar solat.   

                                                

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."                           
 
 
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : 
 
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." 
 
 
Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. 
 
"Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". 
 
Bukan mudah untuk khusyu' dalam solat. Namun kita harus sentiasa memperbaiki dan sentiasa berusaha untuk khusyuk di dalam solat. Pelbagai amalan boleh dilakukan untuk memastikan kita khusyuk dalam solat.  
 
  • Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

  • Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

  • Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

  • Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

  • Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

  • Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

  • Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

  • Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

  • Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

  • Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

  • Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

  •  Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

  • Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

  • Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
 
 
Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
 
 
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."
 
 
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa sahaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
 
 
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"
[Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...