Thursday 4 June 2015

Terima Kasih Suami...

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Image
 
Assalammualaikum...
Alhamdulillah, hari ini, 4 Jun, genap usia perkahwinan kami yang ke-5 tahun. Sekejap rasanya masa berlalu, dan kini kami dikurniakan sepasang cahaya mata, Adam Azhad dan Azalea Adawiyah. Dalam tempoh lima tahun, banyak yang telah kami lalui, dan menjadikan kami lebih matang dalam menghadapi kehidupan.
 
 
Ingat lagi...
Saat melahirkan anak pertama..
Suami serba tak kene dibuatnya, bimbang, kesian, semua ada, tangan kemerahan menahan genggaman si isteri, dari mula masuk wad bersalin sehingga baby dilahirkan, suami sentiasa disisi. Permulaan menjadi seorang ibu, bukanlah semudah yang di sangka, sehingga satu tahap, baby menangis ibu pun menangis...hi..hi..hi..tapi itu dulu lah kan... terima kasih suami kerana menjadi penguat semangat.
 
Bila anak kedua..
Alhamdulillah, kita dah semakin berdikari, mak tak sempat datang untuk teman bersalin, hanya di temani suami. Kita uruskan baby dan Adam sendiri, hanya beberapa minggu di kampung, seterusnya berpantang sendiri. Suami akan siapkan makan, jemur kain dan semua yang perlu sebelum ke tempat kerja. Terima kasih suami kerana sudi menguruskan semuanya...
 
Bila diuji...
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan...kita terpaksa membuat keputusan untuk membenarkan pembedahan Adawiyah, dalam masa tak sampai 6 jam. Keputusan yang amat sukar, pada usianya yang baru 8 bulan. Ibu mana sanggup melihat anaknya kesakitan. Tuhan sahaja tahu, perasaan kami ketika itu, air mata tak  berhenti mengalir, semakin suami memujuk semakin laju air mata mengalir. Kuatnya hati seorang suami di depan isteri, namun dia tewas, kali pertama dia mengalirkan air mata ketika bercakap dengan ibunya, untuk memberitahu perkara tersebut...Terima kasih suami kerana menjadi sumber kekuatan...
 
Alhamdulillah...
Banyak perkara yang kita lalui bersama, susah senang cuma kita yang tahu, saling bergantung antara satu sama lain, menjadi kekuatan masing-masing, semoga hubungan ini kekal hingga ke jannah, In shaa Allah.
 
Tiada manusia yang sempurna..
Janganlah mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan kita, kita juga bukanlah manusia yang sempurna. Suami bukanlah seorang yang romantic, tidak pandai berjanji manis, namun perbuatannya sudah cukup buat diri ini mengerti... Terima kasih suami kerana terima segalanya seadanya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...