Wednesday 1 July 2015

Kedai Online vs Kedai Offline

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi
 
Assalammualaikum...
Sebelum ini, ramai pelanggan yang bertanya di mana kedai? Boleh ke nak berkunjung ke kedai? Kedai buka ke, hujung minggu?. Saya akui saya hanya beroperasi secara online, kenapa ye?..
 
 
Masa bersama family
Suami sering bekerja di luar kawasan, kadang-kadang seminggu lamanya, anak-anak masih kecil, suami sangat-sangat risau jika kami tidak ikut bersama. Apabila saya menjalankan bisnes secara online, kemana sahaja saya pergi, selagi ada labtop, internet dan pejabat pos saya masih boleh bekerja. Jika saya mempunyai kedai offline, ia akan menjadi satu masalah untuk difikirkan. In shaa Allah, mungkin saya akan buka kedai offline apabila anak-anak sudah besar nanti.
 
 
Minggu ni bekerja dari Hotel Impiana klcc.. :)
 
 
Risiko
Untuk stabil dalam sesebuah bisnes, ia memakan masa. Apa yang kita dapat lakukan untuk mengurangkan risiko ialah bermula dari bawah. Saya baru setahun dalam bisnes telekung solat, focus utama ialah pemasaran melalui online, jika kita mampu mendapatkan jualan yang tinggi setiap bulan, kita tidak akan risau jika kita mempunyai kedai offline. Ini kerana jika kita bergantung sepenuhnya kepada kedai offline, banyak factor yang perlu dipikirkan seperti lokasi premis, persaingan, cara tarik pelanggan dan sebagainya. Seperti kata pakar bisnes online, jika kita mampu buat jualan RM30k sebulan melalui online, baru kita layak untuk buka kedai offline. Itu yang saya pegang. In shaa Allah.
 
 
 
 
Untuk masa hadapan
Anak-anak masih kecil, inilah masanya, saya luangkan sepenuhnya masa untuk mereka. Melihat mereka membesar di depan mata, betul-betul memahami mereka dan bermain bersama memang cukup indah. Menguruskan kedai online cukup mudah, cuma pengurusan masa yang baik sangat penting. Mungkin beberapa tahun lagi, mereka dah mula sibuk dengan sekolah, aktiviti itu ini, dan program sana sini. Dan ketika itu juga, bisnes dan mula stabil, mereka dah kurang bersama saya, saya boleh meluangkan lebih masa untuk fokus dalam bisnes. In shaa Allah.
 
Apapun perancangan kita, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Mungkin ini yang terbaik untuk saya, bukan untuk orang lain. Dan apa yang terbaik untuk orang lain belum tentu ialah terbaik untuk saya. Mintalah petunjuk dari yang Maha Mengetahui. In shaa Allah. Senang kemudian hari...:)
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...