Sunday 28 December 2014

Ya Allah, bantulah mereka...

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Facebook

Ya Allah,
Adakah Kau datangkan banjir ini kerana sayangMu pada kami?,
Adakah Kau datangkan banjir ini kerana ingin menguji keimanan kami?,
Adakah Kau datangkan banjir ini untuk menyedarkan kami?,

Ya Allah,
UjianMu ini menyedarkan kami,
Tiada kuasa mampu membantu mereka tanpa izinMu,
Tiada kenderaan mampu menghampiri mereka tanpa kebenaranMu,
Tiada teknologi yang mampu menghubungkan mereka tanpa kuasaMu,
Sesungguhnya kami akui, kami hanya insan yang bergantung sepenuhnya kepadaMu.

Ya Allah,
Ketika ini, kami sedar,
Harta dunia, tidak dapat membantu,
Rumah mewah jugak turut hancur dan tenggelam,
Kereta mewah tidak dapat membawa ke tempat selamat,
Pangkat dan darjat tidak ke mana,
Hanya kepadaMu kami berharap,

Ya Allah,
Hambamu yang lemah ini, merayu kepadaMu,
Sesungguhnya kami tidak mampu membantu mereka tanpa izinMu,
Hanya kekuasaanMu dapat membantu mereka,
Engkau lindungilah mereka yang ditimpa musibah.
Engkau berilkanah kekuatan kepada mereka untuk menghadapinya.

Ya Allah,
Semoga ujianMu ini dapat meningkatkan keimanan kami kepadaMu,
Semoga ujianMu ini dapat mendekatkan kami kepadaMu,
Semoga ujinMu ini membuka mata kami tentang kebesaranMu,
Semoga ujianMu ini mengajar kami untuk hanya bergantung kepadaMu,
Dan semoga ia menjadi  peringatan kepada kami, bahawa jika kiamat itu berlaku, tiada sesiapa dapat membantu,
Hanya kepadaMu kami berserah.


Ampunilah dosa kami Ya Allah...


 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...