Monday 29 December 2014

Tidak solat fardu, tetapi suka bersedekah.

Sumber: Buku "Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat."
Foto: Google Image

Soalan:
Ustaz, apakah hukum seseorang yang suka bersedekah, tetapi tidak pernah solat fardu?
 
 

Jawapan:
Solat fardu adalah tiang agama, tanpa solat, agama pasti runtuh. Menurut Muaz bin Jabal, Rasulullah menyatakan seperti berikut:

"Apakah kamu mahu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara? Aku menjawab, 'Sudah pasti wahai, Rasulullah.' Baginda berkata, 'Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan menaranya adalah jihad.'."
                                                               [Hadith direkodkan oleh Tirmidzi]

Apabila agama sudah runtuh, tidak ada guna lagi beramal perkara-perkara yang sunat.
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...