Sunday 28 December 2014

Orang yang mencuri tidak diterima solatnya?

Sumber: Buku "Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat."
Foto: Google Images

Soalan:
Adakah orang yang mencuri tidak diterima solatnya?

 

Jawapan:
Tidak ada disebut dalam mana-mana nas yang jelas siapa yang mencuri solatnya tidak diterima. Tetapi, yang disebut, adalah orang yang mencuri itu tidak beriman ketika mencuri. Dosa mencuri terbahagi kepada dua, ada dosa besar dan ada dosa kecil. Dosa besar adalah mencuri sesuatu yag bernilai 1/4 ataupun lebih daripada dinar emas iaitu sekitar RM200 pada nilai sekarang. Mencuri dalam kategori ini dikenakan hukum hudud, iaitu potong tangan. Manakala dosa kecil, iaitu mencuri telur ayam dua biji dan seumpama dengannya, memcuri seperti ini tidak dikenakan hudud.

Ada satu lagi nas yang membawa maksud orang yang mencuri dalam solat. Ini dijelaskan daripada hadith Abu Qatadah yang melaporkan daripada Rasulullah.

"Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana dia mencuri dalam solatnya?" Rasulullah menjawab, "Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."
 
                                                                   [ Hadith direkodkan oleh Ahmad]
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...