Tuesday 23 December 2014

Saf renggang, apakah hukumnya?

Sumber: Buku "Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat."
Foto: Google Images
 



Soalan:
Sekiranya saya solat berjemaah, ada ruang kosong di sebelah kiri saya. Selepas itu saya minta supaya orang disebelah saya merapatkan saf, tetapi orang di sebelah saya itu buat-buat tidak tahu sahaja, adakah hilang pahala saf saya?

Jawapan:
Tidak hilang pahala individu yang menjaga safnya, walaupun ada kekurangan pada saf itu. Ini kerana dia berusaha melakukan apa yang disuruh oleh syarak. Ingat, bahawa saf yang sempurna itu adalah salah satu daripada kesempurnaan solat.
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...