Tuesday 23 December 2014

Daripada seorang CEO menjadi penjaja?

Teks: Noor Azila Mohamad

Assalammualaikum...

Hari ini, sempat menjengah ke blog rakan ABDR, Pn Norul Badri, http://norulbadridaud.blogspot.com/. Sesiapa yang berminat untuk belajar cara membuat baulu bolehlah dapatkan tips dan resepi untuk membuatnya. Sedang asyik melihat gambar baulu, teringat tentang cerita seorang CEO menjadi penjaja. Bisnes yang melibatkan makanan ini, merupakan antara bisnes yang boleh buat duit jika betul caranya... In shaa Allah.
 
 
 
 
Daripada CEO menjadi penjaja?
 
Sewaktu di UiTM dulu, subjek keusahawanan, banyak menceritakan tentang jutawan senyap. Siapa dia jutawan senyap?...Hanyalah seorang penjual pisang goring, seorang penjual ABC, peniaga pasar malam dan penjaja, tetapi dengan strategi pemasaran yang berkesan.
 
Kisah benar ini saya petik daripada buku "Biat kecil asalkan berhasil". Iaitu mengenai seorang Ketua Eksekutif (Chief Executive Officer- CEO) sebuah syarikat ternama. Gaji melebihi RM 25,000 sebulan, mempunyai pemandu dan setiausaha sendiri. Pada hujung minggu, dia bermain golf... Kadang-kadang bermain bowling. Teman-temannya semua terdiri daripada golongan korporat...golongan kaya-raya...glamour dan ternama..
 
Selama ini dia langsung tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu berapa banyak pendapatan peniaga pasar malam. Siapa pun tidak tahu berapa banyak duit peniaga pasar malam. Walhal, ada antara mereka telah mencapai taraf jutawan...jutawan senyap yang tidak masuk bilangan...jutawan tanpa nama dan glamour.
 
Tetapi, disebalik kemewahan itu, sebenarnya jiwanya kosong.
 
"Ya. Tiada ertinya apa-apa sebagai CEO. Hidup saya tidak tenteram. Saya dihormati oleh semua staf saya di pejabat. Tapi di rumah, isteri saya tidak hormatkan saya dan anak-anak pun tak endahkan saya"
 
"Saya rasa keadaan ini tidak akan berubah selama saya masih sebagai CEO. Meeting tak habis-habis. Selalu meeting sampai lewat malam. Meeting tidak terbatas dalam board room atau meeting room bahkan sambil lunch pun meeting. Dalam breakfast ada meeting. Dinner pun meeting!"
 
"Akhirnya kami semua sekadar duduk di bawah satu bumbung tetapi terasing dengan dunia masing-masing. Dan malangnya kami semua berada dalam dunia yang serba pincang dan kesepian tanpa kesedaran. Kami jarang berbual. Kami jarang makan bersama. Kami sudah bertahun tidak berkelah bersama. Ke manakah hala tuju keluarga kami akhirnya?"
 
"Seorang anak perempuan saya yang baru dalam tingkatan dua dah jarang-jarang balik rumah. Anak remaja lelaki saya pula dah tak berupa orang. Ada empat tindik di kiri kanan telinganya. Dah bertatu pulak!"
 
"Saya rasa kami sudah hilang jati diri. Bahkan kami akan kehilangan kehidupan kami!. Saya rasa...saya hendak berhenti kerja dan berniaga!, menjadi penjaja mi sup dan mi rebus."
 
"Jangan salah faham...saya hanya bertukar profesion dari CEO kepada penjaja sahaja. Tetapi saya tidak akan ubah taraf kehidupan saya, saya tetap tinggal di banglo. Pendapatan bulanan saya tetap RM 25,000 sebulan...
 
" Tetapi saya boleh sembahyang Duha setiap pagi tanpa terganggu oleh aktiviti pejabat. Saya boleh sembahyang Duha dengan mantap tanpa mencuri masa majikan. Saya boleh bawa anak-anak saya ke gerai. Saya boleh ajak isteri saya ikut membantu saya. Dengan cara ini, hubungan kami jadi rapat dan keluarga saya akan bersatu semula."
 
"Hebat manapun jawatan CEO saya tu...Saya tidak boleh wariskan jawatan itu kepada anak saya sebab syarikat itu bukan saya yang punya. Tetapi gerai jajaan saya boleh diwariskan kepada keturunan saya tanpa sesiapapun yang boleh pertikaikan...
 
Saya harap kisah ini mampu membuka mata kita, sebesar mana gaji kita, semewah mana hidup kita, keluarga adalah perkara penting yang perlu kita utamakan. Biar pun bisnes kita nampak biasa-biasa, tetapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakal kepada Allah,ia mampu menjadi luar biasa hebat. In shaa Allah. 
 
Sekian...
 

 
 

2 comments:

  1. Terima kasih pn. Noor Azila Mohamad, kerana sudi menjengah blog saya yang tak seberapa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita sama2 terus berusaha dan berjaya..in shaa Allah.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...