Solat Sunat Wuduk amat besar pahalanya dan diampuni dosa. Sabda Rasululluh SAW, maksudnya; " Apabila seseorang itu berwudhuk dan ia menyempurnakan wudhuknya, kemudian ia bersolat (sunat) dua atau empat rakaat dengan khusyuk, kemudian ia berdoa memohon keampunan (istighfar), Allah akan mengampunkan dosa-dosanya" - (Riwayat Abu Ya'la- Isnatnya Hassan).
Cara dan kaifiah melakukan solat sunat wudhuk:
a) Lafaz niat solat sunat Wudhuk.
" Sahaja aku Solat Sunat Wuduk dua rakaat kerana Allah Taala".
b) Rakaat pertama baca Surah Al- Fatihah. Selepas itu baca Surah Al-Ikhlas.
c) Rakaat kedua baca Surah Al-Fatihah, setelah itu baca Surah Al-Nas.
No comments:
Post a Comment