Wednesday 30 September 2015

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur, walaupun tidur sebentar. Waktunya antara Isya' sampai subuh. Waktu utama dari jam satu sampai subuh. Jadi cara melakukannya hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam.

Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah (swt).

a) Lafaz niatnya:

              " Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala."


b) Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah, selepas itu Surah Al-Kafirun.

c) Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu Surah Al- Ikhlas.

d) Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali, iaitu:

 
" Oh Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran, dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah bagiku daripada-Mu seorang penolong."


e) Selepas memberi salam, baca doa ini:

 

"Ya Allah, bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit, bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi, BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaan denganMu adalah hak dan firmanMu adalah benar, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu adalah hak lagi benar, dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakal), kepada engkau jualah kami kembali, dan kepadaMulah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir, tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah Rabbul 'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah".


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...