Tuesday 11 August 2015

Tip Hadir Seminar Bisnes

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Images
 
Assalammualaikum...
Sebelum ini saya sering mendengar keluhan daripada rakan-rakan usahawan, seperti "rugilah masuk seminar tu bayar mahal, tapi tak membantu pun", "Seminar tu nak duit je, bukan nak membantu pun", "Membazirlah join seminar-seminar ni", dan pelbagai lagi keluhan negative. Mungkin setiap keluhan itu ada betulnya, namun sebagai usahawan kita jangan sesekali berputus asa untuk mencari ilmu tentang bisnes. Teruslah mencari, mungkin satu hari nanti salah satu seminar yang kita hadiri, mampu mengubah segalanya, In shaa Allah.
 
Ada beberapa tip yang saya terbaca tentang seminar bisnes daripada Pn Ainon Mohd:
 
Tip hadir seminar bisnes....
 
Sebagai orang bisnes, apabila kita menghadiri mana-mana seminar dan persidangan, lakukan ini:
 
+ Jangan sekali-kali kita menjadikan... majlis seminar itu 'rumah ratapan'. Jangan meratap-ratap tentang masalah peniaga-peniaga Melayu.
 
+ Jangan sekali-kali kita menjadikan seminar itu 'rumah kutukan'. Jangan mengutuk mana-mana pihak atas kegagalan peniaga-peniaga Melayu.
 
+ Ambil kesempatan me-market-kan diri kita sendiri.
 
+ Naikkan modal sosial kita.
 
+ Jalin persahabatan-persahabatan baru dalam kalangan mereka yang hadir seminar itu.
 
Apabila pulang dari seminar, kira berapa business card yang kita peroleh. Itulah tangkapan kita pada hari itu.
 
Semoga, kita sentiasa berfikiran positif...:)
 

Sekian...
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...