Monday 10 August 2015

Contoh blog pelajar


Alhamdulillah berjaya juga untuk menulis entri kedua dalam blog ini. Masa yang Allah beri pada kita adalah sama iaitu 24 jam sehari. Jika kita rasa kita tidak cukup masa untuk menyiapkan banyak tugasan, cuba refleksi diri kita. Mungkin kita ada melakukan kesilapan dalam menguruskan diri dan jadual waktu seharian kita. Ya, saya juga mengalami kesukaran yang sama tetapi sedikit demi sedikit kita cuba untuk berubah menjadi insan yang lebih memanfaatkan masa sebaik mungkin.

In sha Allah...

Baiklah, cukuplah sedikit peringatan untuk diri sendiri dan sahabat yang membaca blog ini tentang masa. Dalam entri ini, saya ingin berkongsi tentang satu pengalaman saya ketika bergelar seorang pelajar Bachelor (Hons) in Audiology. Semasa saya terima tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di UIA, saya ditawarkan dengan kursus pilihan no.3 saya semasa mengisi borang melanjutkan pelajaran. Bila dah nama pun pilihan no.3, itu bermakna saya pun tidak begitu memahami apa kursus ini sebenarnya. Walaupun sedikit kecewa kerana pilihan no.1 saya iaitu kursus "Nutrition and Dietetic" tidak kesampaian, saya cuba berfikiran positif sahaja dan terima seadanya. Saya berpegang pada prinsip hidup "belum cuba, belum tahu" dan sentiasa cuba untuk berfikiran positif.

Dalam minggu orientasi pelajar baru, kami dibahagikan mengikut kursus masing-masing. Ketika sesi pengenalan pelajar bersama pensyarah-pensyarah ini, barulah saya memahami apa maksud "Audiology" dan apa yang akan saya belajar nanti. Ia sangat penting kerana pelajaran ini sedikit sebanyak menentukan hala tuju hidup saya selepas ini.

"Audiology" berasal dari gabungan perkataan Latin dan Greek yang bermaksud "untuk mendengar". Ia adalah satu bidang Sains yang mengkaji tentang pendengaran, keseimbangan badan, dan penyakit yang berkaitan dengannya. Pelatih atau pengamal perubatan dalam bidang "Audiology" ini dipanggil "Audiologist" atau Pegawai Kesihatan Pendengaran. "Audiologist" adalah pakar dalam mengenalpasti, merawat dan menganalisa masalah pendengaran dan penyakit yang berkaitan dengannya. Namun, ia berbeza dengan doktor pakar perubatan dalam unit Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). "Audiologist" dan doktor pakar ENT bekerjasama dalam menyelesaikan masalah kesihatan yang saling berkait rapat menggunakan kepakaran masing-masing. Boleh dikatakan kami macam adik-beradik. Pensyarah-pensyarah saya juga terdiri daripada "Audiologists" dan doktor pakar ENT.
http://atiqahfatin.blogspot.com/…/apakah-maksud-audiology.h…

1. Penulisan yang sangat baik dan penyampaian berinformasi. Walaupun hanya belajar asas Mawar Abdullah sudah pun menguasi label utama dan tajuk blog.

2. Boleh dijadikan ebook pertama. Maksudnya tidak buang masa terus selesai 44 entri. Blog juga tidak melalut.

3. Saya sangat gembira dengan fatin mampu menguasai.

4. Saya tidak gembira apabila fatin tidak menggunakan nama sebenar iaitu nama blog, teks dan foto juga nama sebenar tetapi di fb guna nama mawar abdulllah.

5. Ada sebab mengapa guna nama sendiri. Ia adalah kad bisnes pada carian google, apabila pembaca mencari maklumat berkaitan pendengaran, meraka akan mula jejak kata kunci dan akan jumpa blog ini. Mereka juga akan mula jejak nama penulis. Sangat kecewa kerana tidak ada di fb.

6. Nama itu juga sangat penting untuk memudahkan media. Jadi fatin boleh fikir semula mahu teruskan dengan mawar abdulllah atau nama sebenar. Kak mas hanya menyarankan dan ia untuk membantu carian blog fatin kelak. Yang lain sudah 100 markah, tetapi untuk nama tidak ada markah ;(.
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...