Saturday 1 August 2015

Bisnes Untuk Membantu Orang Lain.

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Images
 
Assalammualaikum...
Suatu hari, tengah melayan fb, terbaca post Fizo Omar...
 
Teringat lagi kata2 sifu saya,

"kalau nk berjaya atau jadi jutawan,kita kena bantu berjuta orang, barulah boleh jadi jutawan"

Sebenarnya saya pun tak faham.."macam mana aku nak bantu berjuta orang? Ramai tu!..

Tapi bila dijelaskan maksudnya, didalam jenis bisnes atau service yang kita jalankan, masalah siapa yang kita dapat bantu atau selesaikan. Jadi dengan sendiri nya kita dapat menambah nilai kepada mereka yang kita telah bantu. Pelbagai cara dan juga perniagaan sebenarnya, contohnya dengan menjual produk kecantikan, kita membantu mereka yang memakai produk itu tampil lebih cantik dan yakin, dan mungkin dengan keyakinan itu dia dapat kerja atau apa apa bisnes untuk dirinya,  jadi secara tidak langsung kita telah menambah nilai kepada mereka.

Contohnya AirAsia come out dengan satu perkhidmatan penerbangan menawarkan tambang murah dengan tagline nya 'now everyone can fly'.Ia sebenarnya membantu memudahkan ramai orang untuk travel dengan kos yang rendah dan sesiapa pun mampu untuk menggunakan perkhidmatan mereka, Dengan sendri nya dia menambah nilai kepada berjuta juta orang dan tengok lah di mana AirAsia sekarang ni...n He's not just a millionaire..

Sebenarnya tidak semestinya kita kene bantu berjuta orang then barulah boleh jadi jutawan.Mungkin xsempat seribu orang yang kita bantu dah pun jadi jutawan.Sebab kene percaya ini adalah kuasa ALLAH SWT yang memberi kpd kita.

Yang penting niat kita untuk memulakan sesuatu perkara.Kalau dari awal awal lagi kita dah pasang niat atau mind set untuk bantu orang dengan bisnes yang kita buat ni, Insyallah kejayaan dan rezki pasti datang kpd kita.

'the more u give, the more u get'
 
Semoga kita dapat memperbetulkan niat kita, untuk membantu orang lain dalam bisnes kita. Saya suka apa yang di jelaskan, dalam maksudnya, janganlah kita berniaga hanya untuk mendapat untung atau bermewah-mewah tetapi berniagalah untuk  membantu orang lain. In shaa Allah, semoga Allah permudahkan niat baik kita...
 
Sekian.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...