Sunday 2 August 2015

Apa itu DROPSHIP???

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Images

Assalammualaikum...
Apa itu DROPSHIP??? Mungkin ramai yang belum jelas tentang dropship, dropship lebih mudah dan menjimatkan modal bagi yang ingin memulakan bisnes.


 
 
 
Mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.

Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosi barang-barang tersebut di facebook, fan page, blog, web jualan dan sebagainya.

Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog.

Kemudian mempromosi kepada pelangga. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen.

Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos penghantaran) dibayar pula kepada pembekal.

Pembekal akan menguruskan penghantaran produk.

Status penghantaran dimaklumkan kepada agen.

Agen akan memaklumkan status penghantaran, kod penghantaran dan juga tarikh barang dihantar.

Agen akan berurusan dengan pelanggan, juga berurusan dengan pembekal. Maksudnya di sini agen adalah perantaran antara pembekal dan pelanggan.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...