Wednesday 29 July 2015

Ebook - Super WAHM, Super MOM

Di dalam ebook Super Wahm Super Mom ini terdapat tips untuk menguruskan stres, tips sukses urus masa dan tips urus rumahtangga. Ramai yang menyangka suri rumah sepenuh masa ada banyak masa untuk bersembang dan menonton tv. Tanpa pengurusan masa, satu tugas pun tidak akan selesai.

Saya sendiri juga sudah melaluinya. Walaupun masih baru bergelar WAHM, saya sudah rasa seperti masa 24 jam itu tidak cukup buat saya. Masa mula-mula berhenti kerja, semua kerja di rumah saya rasa sa...ya perlu untuk selesaikan. Mula rasa stress mana satu nak buat ni. Dengan kain sampai 2 bakul tidak berlipat, masa untuk masak lagi, masa untuk selesaikan kerja online. Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah mula boleh selesaikan sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.

Saya mulakan dengan bangun lebih awal dan selesaikan persiapan untuk anak-anak seperti biasa. Setelah mereka semua sudah pergi ke sekolah dan pejabat, saya akan berehat dan selesaikan dulu urusan saya dengan Allah. Kemudian barulah saya selesaikan tugas di rumah dan sambung dengan tugasan online saya.


Miliki ebook Super Wahm Super Mom sekarang.
Hubungi : 0192989202 (azila)
 


Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :

"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."
 

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.

"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."


Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)


Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi

Bab 5: Tips sukses urus masa

Bab 6: Tips urus tenaga super mama

Bab 7: Tips urus rumah tangga


Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.

Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...