Thursday, 2 April 2015

GST!!!!

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto : Peribadi

Salam...agak lama tidak menulis di blog, sibuk dengan perancangan 2015. Semoga tahun nie dapat digunakan sebaiknya untuk memperbaiki diri. In shaa Allah...1 April 2015, hari di mana rakyat Malaysia menerima fenomena baru, Gelombang GST, saya sebagai rakyat Malaysia, pasti tidak dapat lari daripada gelombang ini. Kita tunggu dan lihat, perubahan yang bakal kerajaan lakukan. In shaa Allah, harap ini dapat membantu menaikkan ekonomi negara dan kerajaan dapat menggunakan duit tersebut sebaik mungkin.

Pagi satu April, masih sibuk packing barang customer, antaranya telekung kanak2 Barbie...

 
Telekung untuk di pos
 

Resit
 
 
Hari ni, belajar serba sedikit mengenai GST, pastikan kita mendapat resit seperti ini dan ada tertulis GST reg. no. Sebab tidak semua kedai berdaftar.
 
Mungkin saya juga antara rakyat Malaysia yang sedikit marah tentang GST. TAPI!!!! ....bila suasana malam, sunyi dan sepi, kembali kepada Maha Pencipta. Tiba-tiba terdetik... " Ya Allah, hari ini Kau uji dengan GST, buatkan hambaMu ini alpa dan terlupa seketika, sesungguhnya rezeki itu Engkau yang tetapkan. Jika tertulis ia bukan rezeki kami, maka ia tetap tidak akan jadi milik kami (mungkin melalui cara yg berbeza)".
 
Teringat pula apa yang tertulis dalam buku " Mudahnya Menjemput Rezeki"..."Kita tidak perlu bimbang dengan banyak atau sedikitnya rezeki yang diperoleh pada hari tersebut. Semuanya Allah dah tentukan. Inilah iman para Sahabat. Rasa aman, bahagia dan serba cukup berkenaan rezeki hanya datang daripada Allah. Kebimbangan mereka bukanlah rezeki, tetapi iman di hati." ...rapuhnya imanku Ya Allah... :(
 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,
 
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur; nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), pasti azab-Ku sangat berat. " (Ibrahim 14:7)
 
" Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Ath-Thalaq 65:2-3)
 
Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur...in shaa Allah..
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...