Thursday 11 December 2014

Rahsia Kejayaan Kaum Cina.

Teks: Noor Azila Mohamad

Assalammualaikum..

Mengambil sedikit masa hari ini untuk menulis di blog, Alhamdulillah, mendapat idea setelah membaca blog rakan ABDR Saudari Sharimah Yahya. Percutian ke Beijing, jika anda ingin bercuti, seelok-eloknya dapatkan info tentang tempat yang anda ingin lawati. Beijing adalah  antara tempat yang selalu kita dengar, pelancong sering  diperdaya dengan harga yang tidak sepatutnya. Jom dapatkan beberapa tips jika anda ingin ke Beijing, di http://sharimahyahya.blogspot.com/ . In shaa Allah, bermanfaat untuk anda.
 
 
                                   
 
Oppss... Topik sebenar yang ingin saya  kongsikan, bukanlah mengenai Beijing tetapi, kenapa perniagaan sering di kaitkan dengan kaum Cina?. Mari sama-sama kita cungkil rahsia kejayaan kaum Cina. Bagaimana kaum Cina boleh maju dalam perniagaan? Sedikit perkongsian daripada saya, melalui pengalaman saya setelah bekerja di bawah 'company' Cina.
 
Apakah sikap yang perlu ada?
  • Kerajinan 
    • Budaya perniagaan yang  diamalkan ialah sifat kerajinan. Mengikut kajian, secara umumnya orang cina yang terlibat dalam perniagaan bekerja 16 hingga 18 jam sehari.
  • Perancangan kewangan
    • Keuntungan yang diperolehi tidak boleh dibelanjakan sewenang-wenangnya kerana keuntungan yang diperoleh harus digunakan untuk menambah modal dan juga untuk melabur.
  • Memandang kehadapan.
    • Sebelum memulakan perniagaan mereka sudah melihat dan meramalkan perjalanan perniagaan mereka sehingga berpuluh-puluh tahun kehadapan. Segala yang difikirkan peniaga adalah masa depan perniagaan, keuntungan yang diperoleh, berapa rantaian dan pasaran yang mampu ditembusi.
       
Kenapa mereka memilih perniagaan?
 
Kerana perniagaan mampu menjamin masa depan anak-anak mereka dan generasi akan datang setelah mereka meninggal dunia. Jika bekerja makan gaji, setelah kita meninggal dunia, gaji kita akan terhenti disitu, berbeza dengan perniagaan kita sendiri, jika kita berjaya mendidik anak-anak untuk meneruskan perniagaan, in shaa Allah, masa depan mereka lebih terjamin. Contoh di Malaysia, Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn. Bhd, telah ditubuhkan sejak tahun 1958, agaknya sekarang generasi keberapa yang mengusahakannya. Banyak lagi antara perusahaan cina yang mampu bertahan hingga ke hari ini.
 
 
Perlukah anak-anak berpendidikan tinggi?Kenapa.
 
Jika kita tanya kaum melayu, rata-rata akan menjawab supaya, anak-anak mendapat pekerjaan yang bagus. Alhamdulillah, memamg itu harapan ibu bapa kita. Tetapi jika kita tanya kaum cina, mereka akan menjawab, supaya anak-anak mereka mampu meneruskan perniagaan mereka. Mereka tetap mengutamakan perniagaan.
 
Di tempat saya bekerja sebelum ini, pemilik kilang mempunyai tiga orang anak. Anak-anaknya mengambil tiga bidang yang berbeza, seorang perakaunan, seorang IT, dan seorang kejuruteraan. Jika kita perasan, ketiga-tiga bidang ini, merupakan element penting dalam memperkukuhkan sesebuah perniagaan. Apabila anak-anaknya menamatkan pengajian, mereka akan bermula daripada bawah, sebulan di setiap department, supaya mereka lebih memahami perjalanan perniagaan tersebut. Begitu teliti perancangan yang diatur, untuk menjamin masa hadapan sesebuah perniagaan yang mereka usahakan.
 
 
Sebagai umat islam...
 
Jika kita menginginkan rezeki seharusnya, kita bekerja, yang mana bekerja itu merupakan sunnatullah. Hal ini adalah kerana Islam sangat mendorong umatnya untuk rajin bekerja dan tidak bermalas-malasan. Kita diciptakan Allah s.w.t sudah dilengkapi dengan rezeki. Rezeki kita ditentukan setelah empat bulan di dalam kandungan. Namun tidak bererti kita hanya duduk diam dengan mengharapkan rezeki itu datang begitu sahaja. Setiap sesuatu yang diusahakan pasti akan mendapat pulangan yang setimpal. In shaa Allah.
 
Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud:
 
 " Apabila solat telah selesai dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung,"
                                                                                   (Surah al-Jumuah:10)
 
 
 
Rebana dialun sirih diberi,
Budi dibalas senyum bererti,
Tuhan berjanji sejak azali, 
Berniaga itu  pintu rezeki.
                           
:) ...Selamat maju jaya...
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...