Friday 12 December 2014

Jadilah seorang ibu, surirumah dan usahawan yang terbaik.

Teks: Noor Azila Mohamad

Assalammualaikum..

Sempat meluangkan sedikit masa untuk berkunjung ke blog rakan ABDR,  Puan Zanariah Bt Kamal. http://zanariahbintikamal.blogspot.com.  Blog yang penuh perkongsian mengenai kehidupan seorang ibu, surirumah dan usahawan. Kisah beliau sedikit sebanyak hampir sama dengan apa yang pernah saya lalui, mungkinkah kerana saya juga seorang ibu, surirumah, dan bakal usahawan (in shaa Allah).
 

 
 
Sebagai seorang ibu...
Sememangnya mudah untuk bergelar seorang ibu, tetapi bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Saya tahu, di ABDR, ramai ibu-ibu yang bekerja dengan dibantu oleh pembantu-pembantu di bawah umur. Tak semudah yang di sangka, untuk membahagikan masa antara, anak-anak, rumah tangga, bisnes, suami dan diri sendiri. Anak-anak yang sedang membesar memang memerlukan lebih perhatian. Kadang-kadang kepenatan membuatkan kita cepat marah.  Apapun, kita hendaklah sentiasa belajar dan mencari ilmu, untuk menjadi seorang ibu yang terbaik. Antara Fb yang saya follow untuk sentiasa mendapat ilmu keibubapaan ialah Prof. Dr. Rozieta Shaary.  Pelbagai tips yang menarik antaranya ialah, bagaimana kita boleh meredakan marah dan menjadikan ia tidak perlu...Sebagai contoh; anak tidak mahu mandi dan dah 10 kali suruh...perlu ke marah? Atau boleh tak kita menggunakan strategi lain contohnya ajak bermain buih sabun atau sebagainya. Jangan memaksa tetapi mencari sesuatu yang mampu menarik minat mereka. In shaa Allah.
 
Sebagai seorang surirumah...
Tanggungjawab sebagai seorang surirumah, kadang-kadang memang memenatkan. Alhamdulillah, jika anda mendapat seorang suami yang suka membantu. Jika suami anda jarang sekali membantu, jangan sesekali membenci mereka, dan jangan membandingkan mereka dengan suami yang lain. Cuba memahami, mungkin kita tidak tahu bebanan kerja yang mereka tanggung di tempat kerja. Cuba kita ikhlaskan diri, dan melakukan semua tanggungjawab kita kerana Allah. Sesungguhnya, setiap pengorbanan yang kita lakukan, Allah janjikan ganjaan yang cukup lumayan.
 
Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda:
 
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dinnya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memperhatikan." (Riwayat Abu Hurairah)
 
 
Telah bersabda Rasulullahﷺ. maksudnya:

 "Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Karena kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.
 
 
Rasulullah ﷺ bersabda:


 "Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hari Akhirat nanti ialah mengenai sholat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)."


 Imam Thabrani menceritakan bahwa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajibannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajibannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menolaknya.
 
 
Nabi ﷺ pemah bersabda:

 "Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).



Rasulullah ﷺ bersabda:

 "Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya." Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya
 


Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:

 
 
"Tidaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."
 
 

Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullahﷺ:
 
"Siapa saja wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dan api Neraka."


 Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya karena mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah karuniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karuniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

 
 
Sebagai seorang usahawan...
Untuk menjadi seorang usahawan, restu dan sokongan suami sangat-sangatlah perlu. Bukan senang nak berjaya, tetapi bukan susah nak susah. Sokongan daripada seorang suami mampu menjadikan kita seorang yang lebih tabah untuk mengharungi segala cabaran.In shaa Allah.
 
Ramai usahawan yang begitu ghairah hendak memulakan dan membesarkan perniagaan sanggup meminjam dan bergolok bergadai. Akhirnya, pinjaman itu menjadi racun yang membunuh perniagaan kita dari dalam sehingga ke akar umbinya. Sebaiknya, mulakan secara kecil-kecilan dengan modal dan apa yang kita ada. "Kalau mahu selamat...meminjamlah dari bank yang paling besar, pemurah dan adil iaitu bank milik Allah SWT. Tidak perlu penjamin dan cagaran dan tidak perlu membayar balik. Cukup dengan membayar sedikit sebagai zakat!" (Petikan drpd buku Chef Ali). Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. In shaa Allah. Semoga maju jaya buat semua. 
 
*Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat... :)
 

 


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...