Monday 22 December 2014

Botol susu vs botol minuman

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Images & Koleksi peribadi
 
Assalamualaikum pembuka bicara...Sedikit pengalaman untuk dikongsi..
 
Saya cukup tertarik dengan blog rakan ABDR, Pn Nor Atiqah Hamidi,
http://noratiqahamidi.blogspot.com/ , blog yang penuh dengan info mengenai penyusuan eksklusif.  Untuk bakal ibu atau ibu-ibu yang ingin menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, bolehlah dapatkan pelbagai info di blog beliau. Saya cukup setuju 300% bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak. Saya tahu bukan mudah untuk menyusukan anak sepenuhnya, tetapi ganjaran yang Allah janjikan cukup lumayan.   Saya  pernah berkongsi suka duka dalam menyusukan si manja, bukan mudah tetapi ianya juga tidak mustahil. http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/10/tiada-yang-mustahil-untuk-menyusuka-anak.html.


Cerita Adam...

Selepas mengandungkan anak ke-2, secara automatik susu badan berkurang dan apabila kandungan masuk empat bulan, susu badan hampir tiada. Anak yang pertama (Adam) menyusu sehingga umur setahun lima bulan sahaja. Waktu ni, pengalaman yang agak sukar, adalah untuk memastikan Adam terus menyusu. Adam tidak mahu menggunkan botol susu, macam-macam jenis botol saya cuba, daripada yang murah sehinggalah yang mahal.





Bukan itu sahaja, malah pelbagai jenis susu saya cuba, semuanya adam tidak mahu. Akhirnya, saya terpaksa menggunakan susu kotak, untuk memastikan adam terus menyusu. Alhamdulillah, itu yang dapat membantu, setiap kali adam bangun untuk menyusu, saya akan bangunkan dia, duduk dan minum, habis minum sambung tidur semula. Sehingga sebulan saya  menggunakan susu kotak.

 
Selepas sebulan, saya cuba mencari susu tepung yang sesuai. Akhirnya adam minum susu tepung, tetapi selain warna putih. Dengan hanya menggunakan botol minuman dan bukannya botol susu. Saya sediakan tiga botol minuman untuk adam, untuk susu, air masak dan air manis.


 
Sekarang, adik Adam (Adawiyah), setahun lima bulan, masih menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Mengikut jejak abangnya tidak pandai menggunakan botol susu. Nampaknya terpaksalah ibu adam belikan  sepasang untuk setiap jenis botol.
 
Setiap orang, mungkin melalui pengalaman yang berbeza, namun setiap pengalaman itu, adalah agak 'sweet' untuk dikenang.. :).. Selamat menyusukan anak untuk ibu-ibu semua.. :)
 
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...