Thursday 20 November 2014

Tip Merancang Percutian.

Teks: Noor Azila Mohamad
 
Assalammualaikum..
 
Anda gemar bercuti?, pastinya ramai akan menjawab,'ya'. Ini kerana, percutian merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja, termasuklah seorang suri rumah. Tapi pastikan percutian anda merupakan  kenangan manis untuk dikenang, bukannya kenangan pahit yang harus di telan. RANCANG PERCUTIAN ANDA. Agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan lancar. Sedikit tip dari saya, agar percutian anda bermanfaat.
 
TIP MERANCANG PERCUTIAN.
 
1. Membuat simpanan.
  • Cuba disiplinkan diri untuk mengasingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas.

2. Pakej Promosi
  • Anda boleh melihat atau bertanya ejen-ejen pelancongan tempatan untuk mendapatkan pakej-pakej promosi yang menarik dan berpatutan. Pastikan pakej yang anda pilih, dapat mengisi masa anda dengan aktiviti yang menarik dan memberikan kepuasan percutian yang maksimum.

3. Perancangan
  • Tentukan tempat-tempat yang anda ingin lawati, pastikan anda tahu di mana tempat-tempat yang anda ingin tuju, walaupun hanya sekadar gambaran kasar. Sebaiknya, anda mengunjungi lokasi menarik berhampiran sebelum ke tempat yang lebih jauh. Supaya anda mendapat gambaran, mengenai khidmat pengangkutan yang disediakan.
  • Pada saya, biasanya saya akan menempah kereta sewa dari awal, dan meminta penyewa menghantarnya ke lapangan terbang. Itu bagi memastikan, kenderaan bukan masalah bagi saya apabila tiba di tempat percutian. Khidmat kereta sewa boleh di perolehi  melalui internet.

 
4. Bajet semasa bercuti
  • Buget perbelanjaan harian anda untuk kos penginapan, makan, pengangkutan dan cenderamata.

5. Buat tempahan awal.
  • Kebiasaanya tiket kapal terbang lebih murah jika anda menempah lebih awal atau pun ketika harga promosi. Biasanya untuk baik ke kampung suami (Sarawak), kami akan menempah tiket empat ke lima bulan lebih awal. 
  • Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian.

6. Peta
  • Dapatkan peta bagi memudahkan anda mengatur perjalanan. Kebiasaannya, di 'lobby' hotel dan di lapangan terbang ada disediakan peta.

8. Bercuti bersama anak-anak
  • Pastikan anda menyediakan satu beg khas untuk keperluan anak-anak apabila berjalan-jalan. Jika anda menggunakan kapal terbang pastikan beg tersebut 'hand luggage'.Biasanya saya akan sediakan keperluan anak seperti, pampers, baju sepersalinan, tuala, minyak angin dan sedikit makanan. Mungkin keperluan anda berbeza. 
 
7. Elakkan menggunakan kad kredit untuk berbelanja.
 
Suka saya untuk berkongsi, bagaimana sahabat ABDR, Puan Ruslinda bt Abdul Jalil mengatur percutiannya ke Sabah. Percutian 5 hari 4 malam di negeri dibawah bayu, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Sabah. Dapatkan pelbagai tempat-tempat menarik yang harus dilawati.Baca perkongsian beliau di http://ruslindajalil.blogspot.com/ . Selamat bercuti...
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...