Tuesday 4 November 2014

Pentingkah ilmu???

Teks: Noor Azila Mohamad
 
Assalammualaikum..

Apa agaknya topik kita hari ini?.Jika hari ini kita tanya pelajar-pelajar, tanya ibu bapa, tanya anak-anak dan tanya diri kita sendiri, "Kenapa perlu belajar tinggi-tinggi?. Rata-rata akan menjawab, untuk mendapat pekerjaan yang bagus, gaji yang besar dan hidup senang di kemudian hari. Apa pula jawapan anda?.
 
Jika itu jawapan anda, kita balik ke pangkal jalan, betulkan niat untuk menuntut ilmu. Islam menyuruh kita menuntuk ilmu, kerana Allah. Kenapa?, agar umat islam dipandang tinggi dan supaya kita mampu mendekatkan diri kita kepada Allah. Semakin kita mencari ilmu Allah, semakin banyak yang kita tidak tahu. Ilmu Allah begitu luas dan semakin kita mencari, semakin kita mengkagumi kebesaran Allah. In shaa Allah.
 
Tidak salah rasanya menjadi surirumah walaupun berpendidikan tinggi. Dan ianya tidak rugi, rezeki Allah ada rahsiaNya. Berbalik kepada niat kita,' hanya kerana Allah'. Jom berkenalan dengan Pn Norhafizah Abd Hadi, seorang surirumah yang memiliki Ijazah Sarjan Linguistik Arab, UIAM. norhafizahabdhadi.blogspot.com/ . Walaupun seorang surirumah dia mampu menguruskan butik 'butik online' nya sendiri butikalizzah.blogspot.com/ . Alhamdulillah, apa lagi yang kita cari, menguruskan bisnes tanpa mengabaikan keluarga. Di ABDR, suri di ajar bagaimana untuk memulakan dan menguruskan bisnes hanya dari rumah.
 

 
Untuk mendapat rezeki yang melimpah, tidak cukup hanya dengan bekerja keras, melainkan harus sentiasa berdoa kepada Yang Maha Kuasa. Islam juga menawarkan kaedah terbaik bagi kita meraih rezeki yang banyak, iaitu memohon terus kepada Allah s.w.t dengan cara melakukan solat Dhuda. In shaa Allah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...