Thursday 6 November 2014

Cantik atau sihat???

Teks: Noor Azila Mohamad
Rujukan : Majalah rapi

Merkuri... Hidrokuinon..Plumbum..Methy Paraben...dan pelbagai lagi.

Adakah kita ambil tahu tentang bahan-bahan ini?, Tahukan kita produk yang kita gunakan selamat atau tidak?, Bilakan baru nampak kesannya?...kita wajib ambil tahu.
 
Bila sebut mengenai merkuri, atau nama lainnya, raksa, unsur kimia pada label periodik dengan symbol Hg dan nombor atom 80, cukup menakutkan. Bahan kimia yang agak unik, apabila anda menyentuh cecair ini, ia akan menyerap terus ke dalam tubuh anda tanpa meninggalkan kesan di tangan. Hilang dalam sekelip mata, tetapi terkumpul di dalam badan dan memberikan kesan yang merbahaya. Itu sedikit ulasan saya sebagai pelajar kimia.
 
Tetapi kenapa merkuri masih digunakan dalam produk kecantikan?, mungkin kerana ramai yang tidak tahu kesannya untuk jangka masa panjang. Merkuri banyak digunakan dalam produk pemutihan, ramai wanita teruja apabila kulit mereka akan menjadi putih dalam masa yang sangat singkat. Hanya satu minggu diperlukan untuk melihat kesannya.  Ia bergantung kepada tahap kepekatan merkuri tersebut.
 
Malah jerawat pun tidak akan timbul, ia kerana lapisan kulit epidermis anda telah rosak dan protein serta melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari matahari juga sudah tidak berfungsi. Pori-pori wajah anda akan tampak halus disebabkan lapisan kulit luar telah menipis dek terhakis dengan logam merkuri tersebut. Pada ketika ini, pastinya anda akan tidak suka jika terkena pancaran matahari kerana kulit wajah akan berasa seperti terbakar.

Sifat krim yang mengandungi merkuri biasanya adalah melekit, agak likat dan sedikit kasar. Biasanya,   warna krim adalah seperti kuning pekat, dan putih pearly yang mengilat. Sesetengah pemakai akan berasa sedikit panas dan gatal apabila krim ini disapukan pada permukaan kulit.

Jika pemakaian dihentikan, terdapat beberapa kesan sampingan seperti akan timbulnya jerawat kecil dan bintik-bintik hitam di sebahagian atau serata wajah. Kesan jangka masa panjang pula, pengguna merkuri bakal mengalami kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, Alzheimer, Parkinson dan juga gangguan perkembangan janin.
 
Nama merkuri yang biasanya terdapat dalam produk pemutihan kulit ialah Hg, klorida mercurous, klorida amida dari merkuri, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum (merkuri oksida) dan merkuri iodide. Berhati-hati dengan apa yang anda gunakan.
 
Di ABDR, kita boleh berkenalan dengan Pn Rasidah Othman, untuk berkongsi  tips cantik dan sihat, http://pnrasidahothman.blogspot.com/, bukan itu sahaja, malah boleh berkongsi tips dan motivasi business. Saya cukup tertarik dengan cara pemasaran yang di kongsi di blog beliau iaitu,"setelah pelanggan confirm order dan sebelum pelanggan membuat pembayaran, cuba sarankan pelanggan untuk menambah order dengan harga yang rendah". Dapatkan pelbagai lagi tips yang menarik di blog beliau. :)
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...