Wednesday 15 October 2014

Aurat Wanita dan Kesihatan

Teks: Noor Azila mohamad
Rujukan: Buku Quran Saintifik
 
Setiap yang Allah perintahkan mesti ada sebab dan kelebihannya. Begitu juga dalam menutup aurat bagi seorang wanita.
 
Karima Burns (MH, ND) dalam artikel The Science Behind the Veil di IslamOnline.net mengatakan, "Ujian-ujian menunjukkan 40-60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal sudu badan seseorang berbanding mereka yang lain.
 
Menutup kepala juga bermanfaat untuk kesihatan di musim panas. V.G Rocine, seorang pakar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku jika seseorang berada dipanas terik tanpa tutupan kepala. Apabila fosforus cair fungsi otak akan menurun dan hal ini menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negative". Hal ini dinyatakan di wwww.islamonline.net/English/Science.
 
Dalam artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online, dinyatakan, "Jika suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Fehrenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan ini boleh menjejaskan kesihatan otak. justeru kepala hendaklan ditutup dalam keadaan cuaca panas'.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...