Showing posts with label Ulasan Kelas Online Blog Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Kelas Online Blog Penulisan. Show all posts

Sunday, 23 August 2015

Ulasan Kelas Online Blog Penulisan- Pn Azura Abdullah

Pelajar: Pn Azura Abdullah

Sumber: http://azuraabdullah.blogspot.com/2013/10/amazing-race-ulasan-kelas-blog-dan.html

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana.

Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju.

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.


Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah ini. Apa kata anda cuba sendiri? Hubungi saya melalui email: pn.azuraabdullah@gmail.com jika anda masih mencari-cari apa yang anda cari.

### Hubungi saya jika anda berminat menyertai kelas online blog penulisan:
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Page: https://www.facebook.com/noorazilamohamad.bekerjadarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila) 



 

Saturday, 22 August 2015

Ulasan Kelas Online Blog Penulisan- Pn Siti Nadzifah

Pelajar: Pn Siti Nadzifah
Sumber:http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-online.html


Pejam celik pejam celik rupanya sudah sebulan juga saya menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad. Alhamdulillah, berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan. Seingat saya, saya mengetahui tentang kelas ini adalah melalui group kedai buku online network di mana saya menyertai program dropship dengan Puan Masayu Ahmad. Saya antara yang terawal juga yang diberikan peluang untuk menyertai kelas ini ketika beliau mula-mula menubuhkan kelas. Tetapi disebabkan kebimbangan yang timbul di hati saya membuatkan saya hanya menjadi pemerhati senyap sedangkan perasaan ingin turut serta membuak-buak.

Rasa seperti tidak percaya pun ada bila memikirkan kembali bagaimana saya boleh membina blog dan menulis catatan di blog hampir setiap hari memandangkan jadual saya sebagai seorang wanita berkerjaya sangat padat. Rupanya ada cara dan teknik tertentu yang boleh dilakukan bagi melatih diri supaya sentiasa konsisten dan sentiasa dihujani idea untuk menulis.

Semuanya diajar dan dibimbing oleh guru-guru kelas ini yang dijalankan 100% secara online. Pada mulanya saya tidak yakin saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelas ini. Bimbang kalau-kalau tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan tidak mahu ketinggalan dalam kelas membuatkan saya takut untuk mendaftar. Disebabkan alasan itu, saya hanya memendam sahaja keinginan untuk belajar dan hanya memerhati sahaja perkembangan kelas ini.

Walaupun saya tidak menyertai kelas ini,
saya tetap mengikuti perkembangan kelas dan pelajar kelas ini. Saya membeli e-book asas penulisan blog dari Puan Masayu dan cuba membina blog sendiri. Tapi benarlah kata orang belajar dengan berguru adalah lebih senang dan tidaklah tersesat jalan. Lain hasilnya membuat sesuatu dengan bimbingan guru dengan tidak berguru. Saya juga turut membaca koleksi tulisan beliau seperti buku Jana RM Dari Rumah dan e-book Super WAHM Super Mom.

Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mengenai ulasan-ulasan tentang kelas asas blog ini yang ditulis oleh pelajar-pelajar beliau. Dari situlah saya mengetahui bahawa ramai juga di antara mereka yang menyertai kelas ini merupakan wanita yang berkerjaya. Rupanya mereka juga seperti saya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga. Daripada ulasan mereka barulah saya betul-betul memahami konsep kelas 100% online ini. Terasa diri ini begitu rugi kerana menunggu terlalu lama untuk berubah dan menyahut cabaran.

Kelas ini begitu flexible kerana perantaraan antara protege dan mentor hanyalah melalui medium internet. Konsepnya cukup senang iaitu boleh bertanya bila-bila masa dan di mana sahaja. In shaa Allah akan ada guru yang membantu. Perjalanan kelas pula berdasarkan e-book yang diberilan sebaik mendaftar dan bimbingan melalui group di Facebook. Cukup mudah dan flexible. Protege tidak terikat dengan waktu yang ditetapkan, terpulang kepada kita bagaimana menguruskan masa. Jika rajin dan konsisten cepatlah mendapat hasilnya.

Akhirnya, saya nekad untuk mendaftar masuk ke Kelas Puan Masayu. Ternyata kelas ini cukup santai dan saya boleh tetapkan sendiri jadual saya. Bila ada persoalan boleh diajukan bila-bila masa sahaja. Selain itu, protege yang tidak mempunyai produk akan diberikan bimbingan untuk melakukan bisnes secara dropship di mana produk akan disediakan tanpa perlu menyimpan stok.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang dapat dinikmati setelah menjadi sebahagian dari ahli alumni bekerja dari rumah ini. Rakan sekelas juga ramai membolehkan kita menambahkan lagi jaringan network rakan-rakan alam maya ini. Harapan saya semoga dengan menyertai akedemi ini, saya dapat membuat persediaan untuk mula bekerja hanya dari rumah dan menjana pendapatan pasif pula pada masa akan datang.


### Hubungi saya jika anda berminat menyertai kelas online blog penulisan:
Email: noorazilamohamad@gmail.com
Page:
https://www.facebook.com/noorazilamohamad.bekerjadarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila)

Thursday, 20 August 2015

Ulasan kelas online blog penulisan- Pn Norashikin

MELANGKAH SETAPAK DENGAN BERBLOG


Pelajar: Norashikin Said
Blog:
http://norashikinsaid.blogspot.com/2013/09/melangkah-setapak-dengan-berblog.html

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum kawan2 dan bloger2…

Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita.Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah satu laman yang menempatkan tentang topik-topik berdasarkan minat dan kemahiran seseorang blogger.Blog juga untuk menzahirkan apa yang dirasakan di dalam diri seseorang. Boleh juga dikatakan sebagai terapi diri (diari online).Bukan sahaja boleh berkongsi maklumat dan info malah boleh menjana pendpatan dengan berblog.Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pda masa kini lantaran dengan permintaan dan kemudahan internet yang semakin meluas.Apa salahnya peluang yang ada di depan mata dimanfaatkan dengan berbisnes sakaligus dapat berkongsi tips kecantikan dan kesihatan untuk para ibu dan jelitawan diluar sana.Mana tahu 2tahun lagi saya mampu menjana pendapatan 5angka dan menjadi WAHM kan.Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.


Terdetik dihati nak buat blog sejak menjadi ahli Shaklee lagi.Ini salah satu cara nak meluaskan empayar SHAKLEEku sebab ramai yang berjaya menjual produk Shaklee melalui blog masing-masing. Perasaan berkobar-kobar memang ada tapi turun naik jela.Kejap rasa nak buat kejap rasa malas dan tidak cukup masa.Macam-macam alasan bermain difikiran kan.Negatif sungguh pada masa itu. Bermula sungguh-sungguh nak buat blog pada bulan 6 hari tu.Masa tu saya nak cuba buat sendiri tanpa pertolongan atau tunjuk ajar sesiapa. Bajet pandai sangat la kan.Saya cuba google cara buat blog dan memang banyak panduan yang saya perolehi tapi bila saya cuba buat sendiri berpandukan maklumat dalam google saya rasa susah dan ambil masa lama untuk siapkan blog.Saya tekad nak upah orang buat blog saya. Saya sudah berkenan dengan satu company ni yang boleh menghasilkan blog yang saya inginkan.Harga untuk upah buat blog ni RM280 tapi terma dan syarat pulak buat saya susah nak beri komitmen. Akhirnya terkubur macam tu sahaja.


Bermulalah terdetik di hati untuk mengikuti kelas asas blog ni apabila nisa nua merangkap kawan sekolah lama dan kawan FB saya yang menganjurkan kelas ini. Pada mulanya saya hanya membaca status dalam facebook mengenai kelas ini.Setiap status yang nisa tulis pasti saya baca sebab saya suka gaya penulisan nisa yang santai dan bersahaja seperti ada magnet pada penulisannya.Makin lama makin ramai yang masuk sehingga saya terlepas yuran promosi rm130 pada bulan Jun.Tak boleh jadi ni saya mesti mula buat blog dan makin lambat harga pasti naik dan tak kan nak tunggu dan tengok sahaja.Pada 19 Julai 2013 tangan ni ringan je untuk mesej nisa bertanya pasal kelas asas blog.Sebelum itu, saya tanya pendapat suami saya akan niat untuk masuk kelas asas berblog.Mula-mula hubby ingat kene datang ke kelas tiap2 minggu tapi selepas saya terangkan hanya perlu 100% Online sahaja jadi dia pun setuju.Yang bestnye Kelas Online bawah Nisa ni kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan.Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Selain dapat menjana pendapatan dengan berblog dapat juga membaiki hasil penulisan saya yang tunggang terbalik ni.Dah lama rasanya tak menulis karangan panjang macam ni.Takpe dari berblog ni juga saya dapat meningkat kan gaya penulisan saya nanti. Yuran serendah Rm150 dengan percuma 2 Ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang saya dapat dalam menghasilkan blog yang berkualiti.Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke secret grup Belajar Asas Blog.Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips yang boleh kita perolehi sebagai persediaan untuk mejadi WAHM.Jangan takut melangkah setapak kerana kejayaan bermula dengan keberanian langkah anda.

### Hubungi saya jika anda berminat menyertai kelas online blog penulisan:


Email: noorazilamohamad@gmail.com
Page:
https://www.facebook.com/noorazilamohamad.bekerjadarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila) 
 

Sunday, 16 August 2015

Ulasan kelas online blog penulisan - Pn Nurmazlen

Pelajar : Nurmazlen Mohd Johar
 

Blog pada masa kini adalah medium utama dalam dunia internet. Pelbagai cerita kisah suka, duka, gembira, kejayaan, kegagalan, pembelajaran serta dunia perniagaan dikongsikan di blog. Tidak perlu lagi bersua muka untuk berkawan, berniaga, belajar dan bermacam-macam lagi.


Saya bermula mendekati dunia blog apabila saya cuba berniaga secara online untuk produk Shaklee. Pada mulanya, saya rasa mempelajari cara membina blog sangat payah kerana pada suatu masa dahulu saya berminat untuk membina blog untuk penulisan peribadi, tetapi hanya bertahan untuk bebrapa entry sahaja, dan akhirnya terkubur begitu sahaja.


Apabila, saya bermula untuk berniaga secara online, saya kembali mencuba membina blog sendiri dengan pegetahuan dan ilmu dari internet. Saya berjaya membinanya tetapi, tidak lah sehebat mana. Sekadar mempunyai isi tetapi tiada siapa pun yang sudi berkunjung.


Dan akhirnya, saya ditemukan dengan Khairunnisa Hamzara yang menjalankan KELAS ASAS BLOG secara online sepenuhnya. Pelbagai ilmu dikongsikan untuk memantapkan lagi cara penulisan saya dan menjadikan blog saya lebih mesra pembaca dan pelanggan. Beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu, semua persoalan dijawab dengan baik dan sangat membantu peserta yang menyertai kelas tersebut.


Malah dengan menyertai kelas tesebut, saya mendapat ebook percuma seperti berikut;

Jadi bagi anda yang masih mencari mentor untuk mempelajari bagaiman untuk memulakan pembinaan blog samada blog peribadi atau blog perniagaan, anda masih boleh menyertai kelas tersebut dengan bayaran yang sangat berpatutan.


  ### Hubungi saya jika anda berminat menyertai kelas online blog penulisan:
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila) 

Friday, 14 August 2015

Ulasan kelas online blog penulisan- Pn Khairunnisa

Pelajar: Khairunnisa Hamzah
Blog:
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/
 


"Subhanallah, sungguh tak sangka saya menerima email dari MHI untuk masuk ke segmen menghias kediaman secara LIVE di MHI pada minggu ini.

Namun apakan daya, terpaksa menolak tawaran ini kerana tidak ada di rumah minggu ini. Mungkin ada rezeki di lain kali. Alhamdulillah syukur nikmat. Katanya, mereka nampak saya di blog. Ini pengalaman saya, kongsikan kisah , pengalaman, kepakaran dan seciput ilmu di laman blog, mungkin ia boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Berbanding ia tercatat di diari atau sekadara terpahat diminda, ia hanya untuk kenangan peribadi. Semua orang boleh merealisasikan impian kecil menjadi sebuah kejayaan besar! Ayuh mulakan." Catatan 25 September 2013.

Blog bersiaran di majalah Era Muslimah

Alhamdulillah, blog "panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini telah bersiaran di Majalah Era Muslimah versi majalah Fizikal. Allah maha hebat. Sungguh Dia maha kuasa. Inilah yang selalu dikatakan Kuasa Minda, Berfikir, laksana, Doa, Tawakal, Minta keberkatan, perkara Mimpi boleh jadi realiti. Allah mendengar doa setiap hambanya. Teruskan berdoa. Niat ku hanyalah satu "mahu berkongsi selagi masih bernyawa"

Artikel sulong bakal lahir di majalah Era Muslimah pada keluaran bil 19 ini. Dapatkan majalah era muslimah. Insyaallah jika diizinkan oleh Allah, saya akan terus berada di Era Muslimah pada keluaran setiap bulan sebagai kolumnis "kediaman idaman" . "Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini dah jadi versi fizikal dan boleh di dapatkan dengan melanggan majalah era muslimah.

Jika ada yang nak melanggan majalah ni boleh hubungi saya ya. Moga Allah terus salurkan idea-idea semasa untuk saya ketengahkan kepada orang ramai. Terasa seperti ada satu tanggungjawab sudah. Bagi sahabat senibina (arkitek) yang lain, jika ada isu untuk dikedepankan, boleh lah berkongsi dengan saya untuk saya menulis artikel tentang isu berkenaan. Moga inilah permulaan kepada satu perubahan besar dalam dunia senibina dan dunia seni kehidupan di kediaman. Ini tagline saya untuk semua "Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi" Terima kasih kepadamu ya Allah dan juga kepada Editor kak Nik Fauziah Nik Hussin
dan Majalah Era Muslimah di atas pengalamanan dan peluang ini. Ya Allah, keranamu lah "aku lakukan keputusan ini , Ya Allah"

-Untuk sahabat yang berkerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa-“Mengapa orang tidak melihat suri rumah itu sebagai satu profesyen, sedangkan si isteri mungkin berpendidikan tinggi tetapi sanggup berkorban untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah dan menguruskan rumah tangga. Kalau seorang ibu mempunyai enam orang anak, hakikatnya dia ibarat seorang guru yang mengajar enam buah kelas. Ini kerana setiap anak tidak sama serta memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mendidik mereka.” Dato' Dr Johari Mat.

Saya sangat sarankan yang ada kepakaran, ada ilmu turut berkongsi dengan orang ramai. Blog adalah tools yang terbaik dan percuma saja. Belajar bina asas blog yang gemar dikunjungi dan bermanfaat pada orang lain. Elakkan pembaziran masa dan minat di mana ramai yang ada blog tetapi sayangnya ia hanya untuk melepaskan gian sorang diri, namun ramai yang boleh membacanya. Adalah lebih baik jika kemahuan untuk menulis itu disalurkan dengan cara yang betul dan boleh dimanfaatkan.

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sendiri telah lihat dan rasa kesenangan dan keseronokkan bekerja di rumah dengan menggunakan laptop, internet dan handphone. Mudah bekerja, menjana pendapatan, dalam masa yang sama anak di asuh dan dijaga dengan tangan sendiri begitu juga dengan urusan dan kebajikan rumah. Jika kalian adalah suri yang berijazah, saya sangat alau-alaukan kalian untuk berkongsi kepakaran dan ilmu kalian dgn orang ramai. Mula daftar sekarang sebelum yuran kelas mula meningkat. Sementara masih berbaloi dan harga mampu serta, mari kita mulakan hari ini :)
 
### Hubungi saya jika anda berminat menyertai kelas online blog penulisan:
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila)
 

Wednesday, 12 August 2015

Ulasan kelas online blog penulisan - Pn Ashikin Hashim


Nama pelajar: Ashikin Hashim

Blog:
http://ashikin-hashim.blogspot.com/


 

Bismillah.

Pagi ini (2 Oktober 2013) saya menerima kiriman editor yang disayang Allah,

Nik Fauziah Nik Hussin. Kali ini saya menulis sebagai kolumnis tetap ruangan Pendidikan Anak. Alhamdulillah, syukur di atas apa yang sudah dicapai kini.

Ia suatu perjalanan yang sangat panjang. Begini rentetannya:

1. Saya memang suka menulis sejak dari kecil lagi. Pernah menghantar manuskrip novel seawal tingkatan 3 dan ditolak kerana tidak bagus ! :) Ayahanda membelikan saya sebuah mesin taip elektronik Olympia yang saya guna sehingga terbakar kerana menaip tanpa henti huhu...

2. Menulis dan terus menulis. Pernah cuba mengumpul pelbagai penulisan menjadi satu majalah untuk tatapan sendiri.

3. Menulis untuk penerbitan G. Tetapi ditolak juga. Menulis pula untuk penerbitan K, tersangkut tiada khabar kerana bertukar editor.

4. Mendaftar untuk kelas asas blog dan Penulisan. Saya pindahkan semua penulisan saya dari blog lama dan kini hampir mencecah 3000 pembacanya.

5. Diperkenalkan pula oleh Puan Masayu kepada Puan editor Nik Fauziah.

6. Dan alhamdulillah. Inilah saya sekarang. Cuba mebina nama bukan kerana mahu glamor tapi saya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang ada. Juga mengasah bakat untuk berbakti kepada sasaran saya golongan ibu bapa.

7. Mendapat tawaran untuk membuat buku dari sebuah penerbitan baru. InsyaAllah kini dalam proses.

Jika anda mempunyai cita-cita yang sama, bolehlah berkongsi atau pun mendaftar dalam kelas Asas Blog & Penulisan. Komited dan bina nama dalam bidang yang anda suka. Semoga ini menjadi asbab kebaikan dan dakwah kita.


Terima kasih semua!

Ya benar. Dengan izin Allah, kelas Asas Blog dan Penulisan ini telah membawa saya melangkah jauh.

Jangan risau. Kelas ini tidak mengganggu kerja anda (jika anda berkerjaya) dan amat sesuai juga untuk yang berkerjaya di rumah.

Kita boleh belajar bila-bila masa dan di mana sahaja. Anda suka menulis tentang apa?

- undang-undang kekeluargaan?

- pendidikan?

- masakan?

- pengasuhan anak-anak?

- jahitan?

- membuat kek?

- pengalaman sendiri?

- kesihatan?

- perbankan?


Hubungi saya jika anda berminat menyertai kelas online blog penulisan:

Email: noorazilamohamad@gmail.com
Page:
https://www.facebook.com/noorazilamohamad.bekerjadarirumah
Sms / Whatsapp: 0192989202 (azila)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...