Friday 1 July 2016

Infaq Untuk Anak-anak Yatim

Tek: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

Assalammualaikum...

Sempena ramadan ini, ramai yang bertanyakan telekung untuk tujuan infak dan wakaf. Pada 11 june 2016, seorang hamba Allah minta kami infakkan telekung solat untuk anak-anak yatim. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit halangan, namun amanah ini telah kami laksanakan. Apa pun terima kasih  kerana percayakan kami. kami doakn semoga, dengan kegembiraan anak-anak ini, Allah membalasnya dengan berganda kegembiraan kepada hamba Allah yang pemurah ini.

Tempat infak   : Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin (Perempuan) Al-Barakah
Bil. Pelajar      : 25 orang
Alamat            : Lot 1178 Batu 3 1/2 Jalan Maharaja Lela,
                          36000 Teluk Intan,
                          Perak
Tel                   : 019-5720346
Fb        :  www.facebook.com/Rumah-Anak-Yatim-Perempuan-Al-Barakah-Teluk-Intan-Perak









RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN (P) AL-BARAKAH 

Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin ( Perempuan ) Al-Barakah dibina dan dimanafaatkan sepenuhnya untuk kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim perempuan yang kurang bernasib baik di kawasan Perak Selatan. Terletak di Lot 1178, di Kampung Batak Rabit, lebih kurang 5 km dari bandar Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang.


Kawasan dan rumah Al-Barakah telah diwakafkan oleh allahyarham Tuan Haji Mohamed Radzi dan Mohamed Wahi yang bercita-cita murni semasa hayatnya untuk membantu kanak-kanak perempuan yatim dan miskin menghuni di sini. Usaha ini mendapat sokongan dan bantuan dari kaum keluarga dan yang kini meneruskan untuk merealisasikan operasi Pertubuhan Pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin ( Perempuan ) Al-Barakah pada Ogos 2007.


Untuk merealisasikan usaha murni ini agar ianya dapat dilaksanakan secara berterusan, usaha yang gigih serta komitmen yang berterusan telah banyak dicurahkan ahli keluarga dengan bantuan keluarga allahyarham dan masyarakat setempat untuk Al-Barakah.


Namun begitu pengurusan dan penjagaan rumah anak yatim ini masih memerlukan sokongan dan bantuan yang begitu bermakna buat penghuni Al-Barakah dari pihak orang perseorangan dan koporat. Sokongan dari segi bantuan moral, kewangan atau lain-lain amatlah diperlukan dan penting untuk melihat anak-anak yatim ini berpeluang membesar seperti kanak-kanak yang lain yang lebih bernasib baik mempunyai keluarga sendiri. Semoga semua usaha murni yang dicurahkan kepada kesinambungan Al-Barakah akan diberkati.


Alhamdulillah....
Sesiapa yang berminat untu wakaf atau infak..in shaa Allah blh berhubung dengan kami...

 
Hubungi saya:
Sms / Whatsapp: 0192989202
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...