Thursday 9 June 2016

Mukjizat Solat Sunat Rasulullah


 RM 15.00 (exc postage)


Sinopsis

Solat adalah sebuah panggilan rahsia yang tidak putus
dan dua hala antara Tuhan dengan hamba-Nya. Solat
juga adalah doa khusyuk iaitu seseorang hamba
perlu merasai kehadiran Tuhan-Nya dan wajib mengikuti
kehendak-Nya. Malah, sesiapa yang memohon kepada Tuhan,
pasti menjumpai-Nya sekiranya dia diberi penglihatan
batin (bashirah) oleh Allah. Solat yang sejati dan sempurna
bertujuan memanggil dan memohon kehadiran-Nya supaya
kita sedar, diri kita ini adalah sesuatu yang fana dan hanya
Dia yang Maha Kekal. Hakikatnya, diri seseorang hamba tidak
mempunyai apa-apa. Justeru, dia memerlukan solat supaya
dapat bergantung pada Tuhannya.

Antara lima rukun Islam, solat adalah rukun utama. Dalam
hadis yang dilaporkan oleh Abdullah ibnu Qurth, beliau
menyatakan Nabi Muhammad berkata, “Perkara pertama
yang dinilai daripada mana-mana hamba pada hari kiamat

Hakikat Solat adalah solat. Sekiranya solatnya baik, baiklah semua
perbuatannya, dan sekiranya solatnya rosak, rosaklah semua perbuatannya.”
(Hadis ini direkodkan oleh at-Tabrani)



Hubungi saya:



Sms / Whatsapp: 0192989202



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...