Saturday 9 April 2016

Bimbingan Lengkap Solat Sunat

RM 40.00 (exc postage)


Sinopsis

Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat disusun menggunakan segala teknologi dan kemajuan dunia penerbitan yang ada. Buku ini tampil berbeza kerana ia menggabungkan ilmu fiqh, reka bentuk, dan fotografi yang sesuai demi menjadikan ia sebuah buku yang mesra pembaca serta mampu membimbing pembaca memahami dan mengamalkan kandungannya.


BAHAGIAN 1: PENGENALAN

BAHAGIAN 2: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA DILAKUKAN SENDIRIAN
BAB 1: Solat Sunat Rawatib
BAB 2: Solat Sunat Witir
BAB 3: Solat Sunat Dhuha
BAB 4: Solat Sunat Isyraq
BAB 5: Solat Sunat Zawal
BAB 6: Solat Sunat Ghaflah
BAB 7: Solat Sunat Tahiyatul Masjid
BAB 8: Solat Sunat Selepas Azan
BAB 9: Solat Sunat Wuduk
BAB 10: Solat Sunat Malam Pertama
BAB 11: Solat Sunat Selepas Hafaz Al-Quran
BAB 12: Solat Sunat Masuk & Keluar Rumah
BAB 13: Solat Sunat Hajat
BAB 14: Solat Sunat Istikharah
BAB 15: Solat Sunat Taubat
BAB 16: Solat Sunat Ihram
BAB 17: Solat Sunat Musafir

BAHAGIAN 3: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA DILAKUKAN BERJEMAAH
BAB 1: Solat Sunat Hari Raya
BAB 2: Solat Sunat Gerhana
BAB 3: Solat Sunat Minta Hujan
BAB 4: Solat Sunat Tarawih
BAB 5: Solat Sunat Malam


REVIEW


Saat cinta dan ibadah bersatu, ketika itulah Allah mengurniakan kepada kita nikmat kemanisan beribadah. Nikmat ini hanya dapat dikecapi sekiranya cinta kita adalah ikhlas dan ibadah kita betul caranya. Usaha untuk mengecapi nikmat ini tidak akan lengkap dengan kita sekadar melakukan ibadah dan solat yang wajib semata-mata. Setiap ibadah wajib ini, perlu disusuli dengan ibadah sunat. Sebagaimana solat sunat menjadi pelengkap untuk menyempurnakan solat fardu, diharapkan buku ini juga menjadi pelengkap kepada usaha kita untuk meraih sebesar-besar pahala dan keredhaan Allah. Kekurangan solat kita dapat ditampung dengan mengerjakan solat sunat.

Untuk memenuhi tuntutan dakwah secara berhikmah, buku ini disusun dengan segala teknologi dan kemajuan yang ada dalam dunia penerbitan. Buku ini adalah kombinasi dan sinergi pelbagai cabang ilmu yang cukup cantik. Ia menggabungkan ilmu fikah, teknik fotografi, kemahiran reka bentuk, dan proses suntingan yang terbaik. Matlamatnya supaya buku ini mudah difahami dan pembaca mendapat sebesar-besar manfaat daripada buku ini. Yang pasti, matlamat terbesar buku ini adalah supaya kita semua sama-sama dapat masuk ke syurga yang tertinggi dan sama-sama mendapat keredhaan Allah.

Kita akan lupa dengan apa yang kita baca, namun kita akan terikut-ikut dengan apa yang kita tengok. Bertitik-tolak daripada perkara inilah, buku bimbingan lengkap solat sunat ini tidak dipenuhi dengan teks semata-mata, tetapi penuh dengan panduan solat secara bergambar. Setiap pergerakan solat disertakan dengan panduan solat yang betul dan diletakkan penerangan yang jelas. Tidak terhad setakat panduan solat sahaja, buku ini turut menyediakan tambahan ilmu untuk topik yang berkaitan. Pembaca akan dibimbing supaya dapat melihat solat bukan sebagai ibadah semata-mata, namun sebagai manifestasi cinta dan kehambaan kita kepada Allah, Tuhan sekalian alam. Saat cinta dan ibadah bersatu, ketika itulah Allah mengurniakan kepada kita nikmat kemanisan beribadah.



Hubungi saya:



Sms / Whatsapp: 0192989202


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...