Saturday, 30 January 2016

Solat Sunat Gerhana (Kusufain)

Sumber: Buku 99 Solat Sunat

Solat sunat Kusufain ialah solat kerana gerhana bulan atau gerhana matahari. Waktu solat gerhana bulan adalah mulai dari terjadinya gerhana hingga bulan penuh. Dan waktu solat gerhana matahari iaitu dari timbul gerhana hingga matahari terbenam. Dikerjakan dua rakaat.

a). Lafaz niat solat sunat gerhana:


Ertinya: " Sahaja aku solat sunat gerhana (bulan/matahari) dua rakaat kerana Allah Taala."


b). Solat dua rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud, iaitu pada rakaat pertama sesudah duduk dan iktidal membaca surah Al-Fatihah lagi, kemudian terus sujud sebagaimana biasa.

c). Pada rakaat kedua juga dilakukan seperti pada rakaat yang pertama. Dengan demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 rukuk, 4 fatihah dan 4 sujud.

d). Bacaan Al- Fatihah dan surah dalam solat gerhana bulan dinyaringkan, sedang dalam gerhana matahari tidak dinyaringkan. Dalam membaca surah pada tiap-tiap rakaat disunatkan membaca surah-surah yang panjang dan yang berkaitan dengan kebesaran Allah.

e). Jika solat gerhana itu dikerjakan seperti solat biasa dua rakaat dengan dua rukuk, maka tidak ada halangan, boleh juga.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...