Wednesday 14 October 2015

Solat Sunat Tasbih

Rujukan: Buku 99 Solat Sunat

Solat Sunat Tasbih

Solat ini disebut Solat Sunat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih adalah solat yang disyariatkan dan dilakukan empat rakaan. Solat tasbih adalah solat yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Mutalib.

Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh dilakukan setiap malam. Sekiranya tidak dapat melakukan pada setiap malam, kerjakanlah sekali seminggu. Andaikata tidak sanggup sekali seminggu, usahakan sekali sebulan. Sekiranya tidak dapat lakukan setiap hari atau seminggu sekali atau setiap bulan, cukup dengan dilakukan sekali dalam setahun. Kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.


Cara melakukan Solat Sunat Tasbih.

1. Jika dilakukan pada waktu siang hari, lakukanlah empat rakaat dengan satu salam.

Lafaz niatnya:


Ertinya: " Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat Rakaat kerana Allah Taala".

2. Jika Solat Sunat Tasbih dilakukan pada waktu malam, lakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu dua rakaat dengan satu salam.

    a) Lafaz niatnya:


 Ertinya: " Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala".


   b) Pada setiap rakaat bacalah Surah Al-Fatihah dan selepas itu surah     mengikut pilihan semdiri.


    c) Selepas membaca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah sebelum rukuk ucaplah tasbih 15 kali iaitu:


Ertinya: " Maha Suci Allah, dan segala uji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita) melainkan dengan (bantuan) Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung".


    d) Ketika rukuk, dan setelah melafazkan tasbih rukuk, ucapkan tasbih    seperti  di atas sebanyak 10 kali, kemudian Iktidal.


    e) Setelah selesai membaca tahmid iktidal (ketika ktidal), terus melafazkan tasbih tersebut 10 kali, kemudian sujud.


    f) Ketika sujud, setelah selesai membaca tasbih sujud, kemudian membaca tasbih di atas 10 kali, kemudian duduk di antara dua sujud.


   g) Setelah selesai membaca tasbih duduk antara dua sujud, ucapkanlah tasbih di atas 10 kali, lalu sujud kedua.


   h) Setelah selesai mengucapkan tasbih sujud kedua, kemudian menyebut tasbih tadi 10 kali. Sebelum berdiri, melakukan rakaat kedua, hendaklah 'duduk sekejap' dan membaca tasbih seperti di atas 10 kali.


Daripada keseluruhan tasbih yang dibaca rakaat pertama berjumlah 75kali tasbih, bererti jika 4 rakaat berjumlah 300 tasbih.


    i) Perlu ingat, ketika duduk tahyat akhir, sebelum baca tahiyat, hendaklah   membaca tasbih sebanyak 10 kali.


   j) Selesai Tahiyat, memberi salam. Lakukan cara yang sama pada rakaaat ketiga dan keempat. Sekiranya lupa menyebut tasbih di satu-satu tempatnya, bolehlah digantikan di tempat berikutnya, sehingga jumlahnya tetap 300 tasbih.


    k) Selepas salam ucapkanlah doa:


 

Ertinya: " Ya Allah, wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang, wahai yang Maha Hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai Kebesaran dan Kepemurahan. Wahai ahli takwa dan ahli keampunan, wahai yang mengingati orang-orang yang mengingat, berikah aku taubat nasuha dan tambahlah kurnia rahmat-Mu kepadaku, tambahlah nur dan kejelasan untukku, wahai kekasih yang mengasihi".




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...