Friday 2 October 2015

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Setiap kali memasuki masjid, sebelum duduk disunatkan mengerjakan Solat Sunat dua rakaat yang dinamakan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid.

a) Lafaz niatnya:


      "Sahaja aku Solat Sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Taala" 


b) Pada rakaat pertama baca Surah Al-Fatihah selepas itu Surah Al- Kafirun.

c) Dan pada rakaat yang kedua bacalah Al- Fatihah dan Surah Al-Ikhlas.


Bila duduk dalam masjid hendaklah lafaz niat Iktikaf iaitu:

 

               "Sahaja aku beriktikaf di dalam masjid ini kerana Allah Ta'ala."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...