Thursday 15 October 2015

Solat Sunat Istikharah

Rujukan: Buku 99 solat sunat
 
Solat Sunat Istikharah adalah solat sunat memohon petunjuk daripada Allah. Dengan kata lain memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan. Dikerjakan dua rakaat.

a) Lafaz niatnya: 

 
Ertinya: " Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala".


b) Rakaat pertama baca Surah Al-Fatihah dan kemudian baca Surah Al- Kafirun.

c) Rakaat kedua baca Surah Al-Fatihah dan selepas itu baca Surah Al-Ikhlas.

d) Ketika sujud akhir hendaklah baca:

Ertinya: " Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".


e) Selepas salam baca Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada Rasullullah (saw), para sahabat Nabi (saw), para wali Allah dan kaum muslimin dan muslimat.

f) Akhir sekali baca doa Istikharah iaitu:



Ertinya: " Ya Allah hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuan-Mu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar dan Agung. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini baik bagi hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba, dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah keberkatan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerah-Mu".



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...