Friday 14 August 2015

Tip bisnes

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi sendiri
 
 
Assalammualaikum..
 
Saya pernah terbaca post dari Puan Reni tentang bisnes kecil yang baru bermula. Memang tidak dapat dinafikan, apabila kita menguruskan bisnes sendirian kita akan sibuk dengan pelbagai perkara. Sewaktu mula-mula start bisnes, saya agak kelam kabut, mana tidaknya, nak menguruskan keluarga, uruskan rumah tangga, dan uruskan bisnes dalam satu masa. Kadang-kadang terpaksa bangun tengah malam untuk packing order customer, pada bulan pertama dan kedua, masih belajar menguruskan masa dengan baik, kadang-kadang hanya beli untuk makan tengahhari, kadang-kadang suami bantu siapkan kerja rumah, suami basuhkan baju, lipatkan baju, memasak dan sebagainya. Alhamdulillah, sekarang saya rasa dah semakin bijak menguruskan masa. Apa pun, tolak ansur antara suami isteri sangatlah penting...terima kasih En. Suami kerana memahami...:)

Tip bisnes dari Puan Reni Bt Rahmat ....

Bisnes yang baru bermula dan kecil-kecilan -- apabila kita belum menjalankan bisnes tersebut, kita rasa kita mampu. Namu...n, apabila bisnes sudah berjalan,

+ Kita sibuk beli bahan mentah.

+ Kita sibuk masak.

+ Kita sibuk cari customer.

+ Kita sibuk catit order customer

+ Kita sibuk packing order customer

+ Kita sibuk hantar order customer.

+ Kita sibuk entertain customer.

+ Kita sibuk kira duit dari customer.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akibat sibuk buat perkara di atas, sampai tak sempat-sempat

+ Nak rekod jual beli urusniaga

+ Nak rekod duit keluar berapa banyak

+ Nak rekod duit masuk berapa banyak

+ Nak rekod berapa untung

Lama-kelamaan kita keletihan.
Life pon huru-hara.
Order masuk, tapi kita makin rasa demotivated.
Cukup bulan, order dapat banyak tapi duit macam tak nampak.
Fuhh! Penat Puan buat kerja sorang-sorang.
Pendapat saya yang baru dalam bisnes ni, pengagihan kerja:

+ Seorang ansar

+ Seorang muhajirin

+ Seorang maisarah.
SEKIAN...

 

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...