Monday 3 August 2015

Kenapa Pelanggan Lari???

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google images

Dalam bisnes perkara yang paling penting atau aset kita adalah pelanggan. Namun pelanggan mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli dari mana-mana peniaga yang mereka suka. Mereka lebih senang berurusan dengan perniaga yang mereka rasa selesa dan percaya. Apa yang akan membuatkan pelanggan tidak membeli dari anda??? Jom kita semak...
 
  •  Tidak Menghargai Mereka
    • Sebagai perniaga, sama ada secara online atau offline, mengucakpan terima kasih adalah sangat penting. Sama ada mereka jadi membeli atau tidak. Ini kerana kata-kata keramat ini mampu menarik mereka kembali berurusan dengan anda, in shaa Allah. Serta jangan lupa sertakan senyuman ikhlas
 
  • Kurang Tahu Info Produk
    • Ramai yang berniaga kerana mengikut trend dan pasaran, tanpa mengetahui info tentang sesuatu produk. Kita seharusnya tahu info produk lebih banyak daripada pelanggan, atau pun kita sendiri sebagai testimoninya. Apabila peniaga kurang arif tentang produk membuatkan pelanggan kurang yakin untuk membeli darinya.
 
  • Buang Masa Pelanggan
    • Pelaggan tidak suka menunggu. Oleh itu jangan mensia-siakan masa mereka. Di ABDR kami tidak menggalakkan anda membuat blog yang sarat dengan bling-bling, atau perkara yang tidak perlu. Ini akan menyebabkan website anda menjadi berat dan perlahan. Tetapi lebihkan kepada info-info atau perkongsian yang menarik. Kelajuan website memainkan peranan yang penting untuk pengguna online.
 
  • Tidak Mendegar Pandangan Pelanggan

    • Kadang-kadang, pelanggan mempunyai cita rasa yang berbeza tentang sesuatu produk. Mungkin ada di antara mereka yang kurang berpuas hati dengan produk anda. Contohnya, anda peniaga makanan, ada pelanggan anda menegur " akak, kalau akak buat kerepek ni pedas sikit lagi sedap". Apa yang patut anda buat?. Anda perlu ada kemahiran untuk close sales, sama ada bersetuju atau buat bantahan tapi dengan cara yang berkesan. Contoh setuju " In shaa Allah, lain kali boleh dua jenis, pedas dan tidak pedas" atau membantah " Kalau akak buat pedas, kesian pulak budak-budak tak boleh makan"..

  • Memilih Pelanggan

    • Jangan sesekali memilih pelanggan. Pengalaman saya sendiri ketika keluar membeli belah. Saya hanya memakai t-shirt dan jeans, serta memakai beg galas dan masuk ke dalam kedai jam tangan yang berjenama. Dengan niat untuk membeli hadiah jam tangan untuk ibu, namun tiada seorang pun juru jual yang datang memberikan layanan. Kenapa? Kerana menganggap saya sebagai pelajar. Kesimpulannya, jika pelanggan rasakan yang mereka tidak dilayan atau diabaikan, anda pasti akan kehilangan mereka. Samalah juga dengan bisnes online, pastikan anda menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat dan ikhlas.
 
  • Tiada ' After Sales Support'
    • Menyediakan ' After Sales Support' tidak boleh diabaikan. Seperti bertanya tentang keberkesanan produk, atau feed back pelanggan. Jika anda tidak beri support selepas pelanggan membuat pembelian, anda tidak akan dapat pelanggan yang setia dengan anda.
 
  • Terlalu Memaksa Pelanggan
    • Semasa close sales, anda tidak boleh terlalu memaksa pelanggan. Jangan terlalu banyak menggunakan perkataan beli, beli, beli…pelanggan akan jadi menyampah dengan anda. Banyakkan perkongsian tips, banyakkan engagement dengan pelanggan anda. Jangan lupa untuk kumpul database pelanggan anda, lebih mudah untuk anda untuk follow up mereka nanti.
 

# Sekian, sedikit perkongsian daripada saya..:)
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...