Tuesday 11 August 2015

Apa itu solat sunat?

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Google Images
 
Solat sunat juga disebut solat nawafil iaitu solat sukarela yang dilakukan selain daripada solat fardu.
 
Solat-solat sunat ini disyariatkan untuk menambah atau menampal kekurangan-kekurangan yang terdapat dalam sembahyang fardu. Kekurangan itu berlaku dengan tidak sengaja, seperti lupa, rosak pembacaan, tertinggal tomakninah dan sebagainya.
 

Sabda Rasulullah s.a.w, daripada Abu Hurairah ra. katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali dihitung atau dihisab bagi seseorang hamba di Hari Kiamat ialah solatnya. Jika baik solatnya, maka menang dan berjayalah dia. Apabila kurang sesuatu daripada solatnya yang fardu, berfirmanlah Tuhan Azza Wajalla: 'Lihatlah apakah ada bagi hamba-Ku itu ibadah tambaha (ibadah sunat). Sekiranya ada, maka dengan itu disempurnakan dengannya kekurangan pada ibadah (solat ) fardu itu" - (Riwayat At Tirmizi)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...