Wednesday 4 February 2015

Jom belajar dan berbisnes...

Berkenalan dengan seorang lagi protege ABDR, jauh di bumi kenyalang, Zurina Julaihi, Juga merupakan Agen Dropship Telekung Solat.
 
Saya katakan 'bertungkus-lumus' kerana saya tidak pernah menjangkakan yang saya sendiri akan memiliki sebuah blog dan dalam perjalanan menjadi sebahagian daripada blogger-blogger di Malaysia. Saya sendiri tidak begitu mahir dengan IT, mujur saya menemui insan-insan di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) seperti Puan Noor Azila Mohamad beliau pula memperkenalkan saya kepada Cikgu Anys Idayu untuk mempelajari selok-belok bekerja dari rumah, langkah demi langkah.
Saya tahu perjalan untuk menjadi WAHM ini masih panjang tapi In Shaa Allah, mohon Allah SWT permudahkannya bagi saya.
 
Nama saya Zurina binti Julaihi berasal dari Kuching, Sarawak. Saya telah berkahwin dan dikurniakan dua puteri penghibur hati dan penyejuk mata mama dan ayah.
 
Setelah tamat SPM, saya menyambung pelajaran di UiTM Sarawak dalam jurusan Diploma Pengajian Bank. Saya bergraduat dalam tahun 1997 iaitu pada masa kegawatan ekonomi Malaysia. Pada masa itu saya memang bercita-cita nak bekerja di bank tetapi adalah amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam tahun tersebut. Institusi kewangan menghentikan pengambilan pekerja baru malah ada pekerja yang ditawarkan untuk berhenti kerja. Memang semangat untuk mendapatkan pekerjaan dalam tahun tersebut luntur dek kepayahan mendapatkan pekerjaan waima bekerja di syarikat kecil di tambah dengan diri saya yang tiada pengalaman kerja masa itu. Banyak pengalaman dalam mencari pekerjaan. Kebanyakkannya adalah pengalaman yang mengecewakan. Jika terkenang kembali masa itu, masih terasa kekecewaan di hati ini.
 
Alhamdullillah dalam tahun 2000 saya telah diterima bekerja di sebuah syarikat swasta dan masih bekerja di tempat yang sama sehingga ke hari ini (meskipun semangat kerja tidak lagi sama seperti tahun-tahun pertama mula kerja). Mungkin disebabkan faktor-faktor sekeliling seperti tekanan kerja, urusan keluarga dan 'daya tahan' diri semakin lemah menyebabkan saya tercari-cari peluang untuk memperolehi pendapatan lain (bekerja dari rumah) dan meninggalkan pekerjaan sekarang ini. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya bagi saya.
 
Saya pernah menyertai MLM tetapi tidak lama kerana tidak tahan dengan komitmen MLM. Perjumpaan sana-sini, jumpa prospek dan sebagainya. Saya merasakan diri saya terkejar-kejar ke sana sini.
 
Pernah juga saya menjadi agen dropship tetapi tidak berjaya kerana sudah tentulah saya cetek ilmu dalam berniaga online.
 
Dalam tercari-cari peluang berniaga online, saya terjumpa dengan 'fanpage' Borong Telekung Solat milik Pn Noor Azila Mohamad yang mencari agen dropship dan mulalah saya berkenalan dengan ABDR dan Pn Anys Idayu.
 
Menjadi ahli ABDR, saya berharap dapat mempelajari cara yang betul dan sistematik untuk mula berniaga online. Pendapatan berniaga online nanti dapatlah membolehkan saya untuk meninggalkan pekerjaan 'makan gaji' dan menjadi WAHM. In shaa Allah....
 
Jemput singgah di sini http://zurinajulaihi.blogspot.com
baca lagi kisah perkongsian beliau.
 
Kami akan bimbing anda untuk menyiapkan blog dan page bisnes seperti ini. Untuk yang berminat boleh hubungi saya...
 
 
 
 
Hubungi saya: (azila)
Sms / Whatsapp: 0192989202
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...