Monday 15 December 2014

Solat Tidak Cukup Rakaat

Sumber: Buku "Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat."
Foto: Google Image

Soalan:
Ustaz, sekiranya kita solat zuhur empat rakaat, pada rakaat ketiga, kita terlupa dan terus duduk tahiyat akhir dan memberi salam. Selepas itu kita tersedar bahawa kita hanya solat tiga rakaat, adakah perlu solat semula dengan empat rakaat ataupun hanya menambahkan satu rakaat sahaja?

Jawapan:
Sekiranya kita baru sahaja selesai memberi salam, boleh terus berdiri dan tambah satu rakaat sahaja dan sunat kita sujud sahwi sebelum salam. Sekiranya kita sudah memberi salam dalam tempoh yang lama ataupun berlaku perkara yang membatalkan wuduk, maka solat itu mesti ditunaikan semula dengan empat rakaat.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...