Friday 26 December 2014

Pendidikan awal kanak-kanak...

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi peribadi
 
Assalammualaikum...

Sebagai ibu bapa, kita selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sehinggakan ramai ibu-ibu yang sanggup melepaskan kerjaya demi anak-anak. Begitu juga dengan  sahabat ABDR, Puan Wan Syahida Kahar,  http://wansyahidakahar.blogspot.com/ yang memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa demi menjaga suami dan anak-anak. Namun, walaupun bergelar surirumah, bukan penghalang untuknya menjalankan bisnes secara online, https://www.facebook.com/IslamicKidsShop. Jom dapatkan pelbagai info menarik mengenai, pendidikan awal kanak-kanak di blog beliau.
 
Apakah permainan yang anda berikan untuk anak-anak? Adakah sesuai untuk anak? Apakah minat anak-anak anda? Adakah anda ambil tahu!!!

 
 
Tablet
 
Sewaktu mengandungkan anak sulung, time tu tengah glamour dengan galaxy tab (Samsung). Suami memang berminat sangat nak beli, so, layan kan aje. Bila dah dapat, sebulan sahaja, lepas tue simpan, tiada keperluan untuk gunakan. Sehingga lahirlah anak sulung, Adam namanya. Sejak dari kecil memang ayah adam dan biasakan anaknya dengan tab, install lagu-lagu kanak-kanak, upin ipin, lagu abc, alif ba ta dan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak. Adam 10 bulan, dah pandai cari sendiri apa yang dia nak tengok. Tab tu, dah jadi kawan baiknya,  dan menjadi hak milik Adam sepenuhnya.
 

Saya memang tidak nafikan, dari segi pembelajaran memang cukup bagus. Banyak yang Adam belajar daripada Tab, seawal usia dua tahun lebih dia sudah mengenal a,b,c, dan 1,2,3, bukan menghafal, tetapi mengenali huruf dengan baik, dia boleh sebut satu persatu huruf pada majalah. Daripada game puzzles dalam tabs Adam, dia mampu menyelesaikan puzzles yang saya belikan dengan mudah.
 

Tetapi, saya mungkin terlepas pandang, tab membuatkan Adam kurang bercakap, dia banyak berfikir dan bertindak tetapi kurang bergaul. Ketika umurnya tiga tahun, dia masih belum fasih bercakap seperti kanak-kanak lain. Itu, membuatkan saya sedikit bimbang dan mengambil keputusan untuk berjumpa pakar kanak-kanak. Alhamdulillah, setelah menjalani pelbagai pemeriksaan dan Adam luangkan sedikit masa bersama doktor. Doktor menjelaskan, tiada masalah, adam kurang bercakap  mungkin kerana faktor keturunan ataupun kurangnya interaksi dengan orang sekeliling. Doktor sarankan, supaya Adam mula belajar di taska, agar dial belajar bergaul. In shaa Allah, Januari 2015 Adam dah mula belajar di Smart Reader. Tahun ni, belum cukup umur untuk didaftarkan. Walaupun risau nak hantar Adam di bawah jagaan orang lain, tetapi itu adalah yang terbaik untuknya. Moga Adam dapat bergaul dengan baik. :)
 
 
Adam dan tabnya...
 
 
Puzzle
 
Sebagai seorang surirumah dan ibu sepenuh masa, saya rasa, saya cukup tahu minatnya. Oleh itu, saya akan cuba mencari mainan yang mampu menggalakkan minatnya. Contonya, daripada puzzle yang besar-besar seawal usia dua tahun, bertukar kepada yang lebih kecil pada usia tiga tahun, dan sedikit kecil untuk usia adam sekarang (tiga tahun setengah).

Kelebihan bermain Puzzle.
  1. Mengaktifkan dan merangsang otak, membentuk skil pemikiran secara logik serta dapat mengenal objek dan warna.
  2. Melatih koordinasi mata dan tangan dan merangsang motor halus kanak-kanak.
  3. Melatih kesabaran dan ketabahan kanak-kanak ketika menyelesaikan puzzle.
  4. Meningkatkan pengetahuan tentang bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan bentuk-bentuk puzzle.
  5. Meningkatkan kemahiran bergaul dan merupakan peluang yang baik untuk berbual dengan anak-anak.
  6. Buat bersama-sama mampu mengajarnya erti 'team work'.


Contoh puzzle pertama Adam...

 

Lego 
 
Begitu juga dengan lego, Adam cukup suka bermain dengan lego. Kini, saya lebih menumpukan kepada permainan yang mampu menarik minatnya untuk berfikir dan bergaul.

Kelebihan bermain lego:
  1. Permainan yang mampu menajamkan minda anak-anak, kerana terdapat pelbagai bentuk dan warna. Warna-warna yang terang juga mampu merangsang minda anak-anak.
  2. Permainan yang meningkatkan kreativiti dan inovasi anak-anak, pelbagai bentuk boleh dibina,bangunan, binatang, kenderaan dan pelbagai lagi.
  3. Selain itu, ia boleh belajar cara berkomunikasi. Kita boleh mengarahkan anak-anak untuk menggunakan warna-warna tertentu sahaja. Tanyakan bentuk yang dia gunakan dan pelbagai soalan yang melibatkan komunikasi dua hala.

Gambar di Petrosains...
 
 
Lego terbaru Adam...
     
 
Buku kanak-kanak.
 

Sewaktu Adam kecil, semua buku-buku dan bahan bacaan saya simpan di tempat yang tertutup. Supaya Adam tidak conteng dan koyak buku-buku tersebut. Malah, agar Adam tidak sepah-sepahkan. Tetapi, sebenarnya apa yang saya buat adalah salah. Anak-anak perlu didedahkan dengan bahan bacaan, supaya mereka minat membaca sejak dari kecil. Saya kemudiannya, menyediakan rak buku khas untuk Adam. Memang pada mulanya, dia akan ambil, conteng, dan koyak, tetapi apabila selalu ditegur, lama kelamaan dia akan faham.

 
 
Sediakan bilik khas untuk bermain.
 

Seperti kebiasaannya, ibu bapa akan menyediakan bilik tidur untuk anak-anak, termasuklah saya. Tetapi, setelah Adam mula membesar, dan aktif bermain, saya rasakan, Adam tidak memerlukan bilik tidur tetapi memerlukan bilik bermain. Kemudiaanya, saya 'let go' katil Adam dan jadikan bilik bermain. Alhamdulillah lebih mudah kerja saya, Adam hanya sepahkan bilik tersebut dan apabila saya ingin memasak, saya akan biarkan dia bermain di dalam bilik mainanya. Maka, kuranglah sikit penat untuk mengemas rumah.

 
Bilik bermain...

 
 
Ini sebahagian daripada apa yang saya lakukan untuk mendidik anak-anak. Mungkin cara ibu-ibu lain berbeza daripada saya, tetapi tujuan tetap sama, ingin memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Moga mereka mampu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. In shaa Allah..
 

Sekian...
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...