Sunday 21 December 2014

Cara qada solat yang ditinggalkan selama tiga tahun.

Sumber: Buku "Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat."
Foto: Google Image

Soalan:
Ustaz, mohon terangkan cara bagi meng-qada solat yang ditinggalkan selama tiga tahun. Bagaimanakah niatnya?
 

 
 
Jawapan:
Qada solat adalah sama caranya dengan solat fardu yang kita tunaikan. Sekiranya kita qada solat subuh, tetap ia dikerjakan dua rakaat. Niatnya adalah, "Sahaja aku solat fardu subuh qada, dua rakaat tunai, kerana Allah." Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada kelapangan sama ada dalam waktu subuh, waktu pagi, petang, ataupun malam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...