Tuesday 25 November 2014

Seni Jahitan & Kasih Sayang...

Teks: noor azila mohamad

Assalammualaikum...

Jika dulu, seni jahitan merupakan asas penting bagi seorang surirumah. Percaya atau tidak, cuba kita tanya ibu-ibu kita, pastinya hampir kesemua mahir dalam seni jahitan. Tahu kenapa?, Kerana seni jahitan merupakan salah satu cara mereka menunjukkan kasih sayang secara tidak langsung kepada suami dan anak-anak. Ibu-ibu dahulu, bersusah payah untuk menjahitkan pakaian untuk anak-anak dan suami. Menjahit langsir baru untuk hari raya, menjahit cadar baru untuk anak-anak, memghasilkan bantal 'bucuk' untuk anak-anak. Tergambar kegembiran di wajah suami dan anak-anak apabila mereka menerima pemberian si ibu. Tapi kini, semuanya lebih mudah, ibu-ibu hanya mendapatkannya dikedai. Semua telah tersedia, hanya perlu memilih dan bayar. Besar hikmahnya seorang suri yang tahu menjahit...
 
Sedikit perkongsian: (www.virtualfriends.net
 
Diriwayatkan bahawa Salman al-Farisi berkata :

" Pada suatu hari dtglah Fatimah ke rumah rasulullah s.a.w. dgn wajah pucat dan air mata berlinang.

Maka rasulullah s.a.w. bertanya : " Mengapa anakku?"
Fatimah menjawab: :Terjadilah semalam antara aku dan Ali ketika bergurau dan bercakap-cakap, tiba-tiba ada kata-kata yg terkeluar dr mulutku yg membuat dia marah kata-kataku.

Setelah aku mengetahui Ali marah kpdku , aku menyesal dan sedih maka aku merayu dan mengelilingi sampai 72 putaran sampai dia kelihatan redha padaku dan terkulum senyum di bibirnya dgn ramah. Aku takut kpd Tuhanku."

Maka rasulullah s.a.w. bersabda kpdnya:" Wahai anakku, demi yg telah mengutuskanku dgn hak sebagai nabi, sesungguhnya andaikata engkau mati sebelum Ali redha kpdmu, maka aku tidak akan solat untukmu."

Kemudian baginda bersabda lagi :"Hai anakku, apakah engkau tidak mengerti bhw kerelaan dan kewredhaan suami adalah keredhaan Allah, dan marahnya suami juga marah Allah. Wahai anakku , perempuan mana pun yang beribadat sepertinya Maryam binti Imran, tetapi tidak diredhai oleh suaminya, tidak akan diterima ibadatnya oleh Allah s.w.t.:

"Hai anakku ! Sebaik-baik amal perbuatan wanita ialah mentaati suaminya dan sesudah itu tidak ada yg lebih afdal bg wanita daripada duduk menenun-menjahit."

"Hai anakku sejam duduk menjahit adalah lebih baik bg wanita drpd beribadat setahun dan Allah akan mencatat bg mereka pahala seorang syahid utk setiap jenis pakaian yg dirajut,ditenun dan dijahit."

" Hai anakku, org yg menjahit pakaian suaminya dan anak-anaknya akan masuk syurga dan diberi Allah s.w.t. kota di syurga sebanyak bilangan tiap org yg memakai pakaian drpd hasil kerjanya."
 
Wallahu a'lam...
 
Saya cukup mengkagumi orang yang mahir dalam seni jahitan. Di ABDR, kita boleh berkenalan dengan Puan Tengku Azuriyah binti Tengku Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Cik Azue seorang yang cukup berseni. Seni jahitan yang cukup kemas dan teliti, setiap hasil tangannya pasti anda berpuashati...Kenapa? Seperti kata-katanya "Setiap hasilan adalah melalui jiwa dan yang pasti akan sampai dijiwa, In shaa Allah, akan cuba disampaikan sebaik mungkin". Seorang surirumah yang berkerja dari rumah (WAHM), jom kenali beliau dengan lebih dekat di http://kuazue.blogspot.com/ atau www.facebook.com/KrafTanganKuazue 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...