Monday 3 November 2014

Kenali pelajar ABDR

Teks: noor azila mohamad
 
Assalammualaikum...
 
Ramai yang bertanya, untuk apa sertai ABDR?, bagus ke?, siapa je yang menyertai?, betul ke boleh berjaya?
 
Secara jujurnya, pandangan peribadi saya sendiri, ABDR merupakan sumber inspirasi saya untuk berjaya. Di sini kami berkongsi pengalaman suka dan duka, cabaran untuk mengharungi kehidupan sebagai WAHM. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza tetapi dengan matlamat yang sama iaitu ingin berjaya namun keluarga tetap diutamakan.
 
Saya suka pada prinsip sahabat ABDR, Pn Nurirma Suriani, " Bila kita rasa diri ini lebih, maka ketahuilah ada orang yang lebih dari kita, dan bila kita pikir diri ini kurang maka ketahuilah ada lagi yang kurang dari kita. Bersyukur dan belajar menghargai...USAHA, ISTIQAMAH dan TAWAKAL." Seorang surirumah, namun mampu berdikari untuk berjaya. Daripada Consultant Smart Tycoon sekarang berani menceburi bidang pertanian (Al Athmar Tiram Agro). Ikuti blog Pn Nurirma untuk lebih mengenali beliau...  http://nurirmasurianimdyusoff.blogspot.com/
 
 
 
 
Betul ke boleh berjaya?. Terpulang bagaimana seseorang menggunakan peluang yang ada...ABDR hanya memberikan ilmu dan panduan, Kejayaan bergantung kepada USAHA, ISTIQAMAH dan TAWAKAL seseorang. Islam menganjurkan umatnya untuk meraih kejayaan dan kekayaan kerana miskin dekat dengan kekufuran.  Kekayaan tersebut digunakan sebaik-baiknya untuk kepentingan umat. In shaa Allah.
 
Kata-kata Donald Trump, "Kalau anda lahir miskin, itu bukan salah anda. Tapi kalau anda mati miskin itu adalah salah anda".
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. Thanks pn zila..terasa dihargai plak dgn coretan anda. Walaupun sy jarng berblog..bukan krn apa kadang ayat2 yg nak ditulis tu buat sy tergendala mengupdate blog namun entry kamu mengingatkan sy tiada yg mustahil sekiranya kite mahu..good luck utk anda juga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...