Friday, 28 November 2014

Hotel atau homestay?

Teks: Noor Azila Mohamad

Assalammualaikum..

Jika anda ingin bercuti, yang mana satu menjadi pilihan anda, hotel ataupun homestay?

Bagi saya sendiri, saya akan memilih mengikut keperluan. Sekiranya saya membawa ibu ayah bercuti ataupun ibu mertua, saya akan mencari homestay. Ini kerana homestay lebih sesuai untuk lepak bersama berbanding di hotel. Ketika anak sulung mula mengenali makanan pejal juga, saya lebih gemar memilih homestay, lebih mudah bagi saya untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuknya. Terpulang kepada keperluan anda.
 
Saya sering mengikut suami berkursus. Jika dahulu, saya kurang mengambil kisah tentang hotel yang suami pilih tetapi setelah anak mula membesar, saya lebih teliti untuk memilih. Mana tidaknya, sesetengah hotel agak kebaratan, dinding bilik air daripada kaca yang boleh melihat susuk tubuh, dinding yang boleh dibuka (bersambung terus dengan ruang utama), pintu bilik air yang tidak berkunci ( hanya sliding door). Oppss...Tidak sesuai untuk anak-anak yang sedang lasak membesar.
 
Contoh dinding kaca...
 
Minggu ini suami berkursus di Kuala Lumpur, tempat yang selalu menjadi pilihan kami ialah di PNB Darby Park. Bagi yang ingin bercuti di Kuala Lumpur, di sini agak sesuai, terutama yang mempunyai keluarga besar. Bukan sahaja terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, malah pelbagai kemudahan disediakan. Terdapat 'mini kitchen' yang lengkap didalam bilik, semua keperluan memasak disediakan, dapur elektrik, periuk nasi, pinggan mangkuk, oven, pisau, peti sejuk dan semua yang diperlukan. Di tinggal 8 pula ada disediakan perkhidmatan layan diri untuk memcuci pakaian. Serba serbi ada.
 
Bilik


Dapur
 

Dobi layan diri... :)
 
Di ADBR, ada sahabat kita yang menyediakan perkhidmatan homestay. Jika anda ingin bercuti ke Pulau Pinang bolehlah berhubung dengan Cikgu Rozanah Zakaria. www.facebook.com/ZulaikhaHomestay atau, dapatkan pelbagai tip memilih homestay di rozanahzakaria.blogspot.com/. Untuk yang ingin memulakan bisnes homestay, boleh ikuti blog beliau, pelbagai perkongsian yang boleh di manfaatkan... In shaa Allah.. :)


2 comments:

  1. Tq akak ats review. Really appreciate it. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan...saje nk kenal rakan ABDR dengan lebih dekat..blh jd sumber inspirasi.. :)..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...