Tuesday 18 November 2014

Herba untuk kesihatan..

 
Teks: Noor Azila Mohamad
 
Alhamdulillah...
 
Hari ini terlintas idea untuk menulis tentang tumbuhan herba setelah membaca blog Pn Rapidah Ramli. Dewasa ini, terlalu banyak produk berasaskan tumbuhan herba di pasaran, masyarakat mula menyedari kehebatan dan keunikan tumbuhan herba. Pelbagai kajian dijalankan ke atas tumbuhan-tumbuhan herba. Jika di Sarawak, pengkaji-pengkaji herba cuba mendekati penduduk peribumi untuk mengetahui khasiat  herba-herba yang mereka gunakan.
 
Memang cukup menarik jika kita mengetahui khasiat tumbuhan sekeliling kita. Subjek 'phytochemistry' yang diambil ketika zaman belajar memang cukup menarik minat saya untuk mengenali tumbuhan-tumbuhan herba dengan lebih dekat. Subjek yang membongkar rahsia keunikan tumbuhan herba di Malaysia.
 
Kandungan kimia yang terdapat di dalam tumbuhan berbeza-beza, dan mempunyai keistimewaan untuk mengubati penyakit yang berbeza. Untuk mendapatkan kandungan kimia yang betul daripada tumbuhan tersebut, haruslah menggunakan kaedah yang betul. Antara kaedah yang biasa digunakan;
  • Celupan / campuran - teh panas
  • Rebusan - teh rebus
  • Penyerapan - ekstrak alkohol dan air
  • Rendaman
  • Serbuk / Kapsul.
Sebagai contoh, sesetengah bahan kimia yang terdapat didalam tumbuhan, tidak larut dalam air, oleh itu dengan hanya merendam di dalam air (teh), ia tidak akan memberikan apa-apa kesan penyembuhan. Secara umumnya, jika ia tidak larut di dalam air, maka ia juga tidak akan larut dalam proses pencernaan dan pastinya tidak memberikan apa-apa kesan.
 
Walau bagaimanapun, mungkin bahan kimia yang terdapat dalam tumbuhan tersebut boleh dilarutkan dengan menggunakan pelarut (kebiasaanya alkohol). Perlu difahami di sini, alkohol yang digunakan sebagai pelarut ini bukanlah "bahan yang memabukkan". Ia sebenarnya merujuk kepada pelarut yang mempunyai ikatan kimia "-OH". 
 
Oleh yang demikian, pastikan kita mengetahui kaedah yang betul untuk mendapatkan kesan yang optimum. Antara produk di pasaran yang hangat di perkatakan sekarang ialah Jamu Susuk Dara, produk berasaskan herba. Di ABDR, Pn Rapidah bt Ramli, http://rapidahramli.blogspot.com/, mungkin dapat membantu anda memilih produk yang sesuai dengan keperluan anda. Pastikan anda, mendapatkan khidmat nasihat daripada orang yang lebih arif. :)
 
 
                      
   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...