Saturday 1 August 2015

Telekung Solat: Material

Teks: Noor Azila Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi
 
Assalammualaikum...
Ramai yang bertanya tentang material telekung solat, apabila mereka berminat dengan sesuatu jenis telekung. Namun ramai juga yang masih belum biasa dengan material yang digunakan. Di sini saya ingin berkongsi beberapa jenis material yang sering digunakan untuk membuat telekung solat. Antaranya:


Cotton Jepun
Antara kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang paling halus, ringan dan sangat berkualiti. Biasanya telekung yang menggunakan material ini ialah, telekung sulam goyang dan telekung cotton renda. Namun harga untuk sepasang telekung agak mahal berbanding telekung lain

Cotton Paris

Merupakan antara material yang sering di gemari, kainnya yang menyerap peluh, sering dijadikan pilihan untuk di gunakan semasa mengerjakan umrah dan haji. Kainnya yang cukup selesa dan mudah didapati dalam pelbagai telekung yang bersulam.



  


Cotton Silk
Telekung Vietnam biasanya menggunakan material ini. Kainnya yang lembut dan berat, melurut kebawah, cukup selesa untuk digunakan ketika solat. Harga untuk telekung Vietnam biasanya mampu milik, bergantung kepada sulamannya. Semakin banyak sulamannya atau bunganya, semakin tinggi harganya.
 



Cotton Polino
Material ini agak tebal dan lembut. Sering digunakan dalam pembuatan telekung Indonesia. Telekung Indonesia biasanya digemari kerana material dan sulamannya yang menarik. Material ini biasanya tidak terlalu mahal dan mampu milik. Pelanggan sering dapatkan telekung ini untuk tujuan infak dan wakaf, kerana kualitinya yang bagus dan murah.




Sutera Dove
Ramai yang bertanya saya sama ada telekung sutera dove  ini boleh dibawa solat atau tidak. Sutera dove merupakan sutera sintetik yang mempunyai kualiti yang hampir sama dengan sutera asli, iaitu lembut dan sejuk. Harganya juga agak mahal berbanding material lain, namun begitu, kainnya cukup selesa, cantik dan tebal. Sangat-sangat berbaloi.



 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...