Assalammualaikum...
Jika kita mempunyai anak yang sudah mula mengenal solat, kita akan sedar dan perasan bahawa kelengkapan untuk menunaikan solat untuk kanak-kanak, di tempat-tempat awam jarang disediakan. Jika anda sebagai ibu, apakah yang biasa anda lakukan:
- Solat menggunakan telekung dewasa.
- Solat tanpa memakai telekung.
- Hanya tunggu di tepi-tepi dinding sambil bermain game.
Ini adalah perkara yang kita anggap biasa. Kenapa??? mungkin kerana kanak-kanak masih belum diwajibkan solat. Tapi tahukan kita??? Bak kata pepatah "melentur buluh, biarlah dari rebungnya". Apakah peranan kita sebagai umat islam dalam membentuk anak-anak yang soleh dan solehah.?Di atas kesedaran ini, kami mengadakan projek wakaf telekung solat untuk kanak-kanak. Telekung-telekung ini akan kami hantar ke masjid-masjid dan tempat-tempat solat awam. Moga ia dapat memberi keselesaan kepada kanak-kanak untuk bersolat. Sokongan anda amat kami hargai.
No comments:
Post a Comment