Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat
isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan
ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah.
Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat
dengan 3 witir.
Sabda Rasulullah
s.a.w :
كان رسول الله
صلى الله عليه وسلم
يرغب في قيام رمضان
من غير أن يأمر
فيه بعزيمة فيقول ،
من قام رمضان إيمانا
واحتسابا غفر له ما
تقدم من ذنبه .
Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk
mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda
bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih)
dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya
yang telah lalu”.
Cara yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2
rakaat demi 2 rakaat.
NIATNYA
أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ
لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat
kerana Allah Taala.
No comments:
Post a Comment