Monday 20 June 2016

Makanan dan lauk-pauk Rasulullah s.a.w.

Rujukan: Biografi Agung Rasulullah s.a.w
Foto: Google Images

Sambal yang paling disukai Baginda ialah cuka. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah s.a.w.

"Sebaik-baik lauk adalah cuka."
{Hadis Riwayat At-Tarmizi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i, Darimi, Ibnu Majah dan Ahmad}

# Buah dan minyak zaitum
Abu Asid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati."
{Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Bukhari}



# Madu
Aisyah meriwayatkan bahawa,
"Adalah Nabi s.a.w. menyukai manisan dan madu."
{Hadis Riwayat At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah}


# Daging bakar
Abdullah bin Harith meriwayatkan,
"Kami makan bersama-sama Rasulullah s.a.w. daging bakar di dalam masjid."
{Hadis Riwayat At-Tarmizi, Ibnu majah dan Ahmad}

 


# Daging Bahu Kambing
Ummu Salamah meriwayatkan,
"Dia menghidangkan potongan daging kambing panggang kepada Rasulullah s.a.w. Beliau memakannya lalu melaksanakan solat tanpa berwuduk semula."
{Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi dan Nasa'i}

 
# Kaki kambing
Abu Ubaid r.a meriwayatkan,
" Aku memasakkan untuk Nabi s.a.w satu kuali masakan. Dan Baginda sangat menyukai kaki kambing, maka aku mengambilkan untuknya kemudian Nabi berkata, "Hdangkan lagi untukku bahagian kaki," maka aku pun mengambilnya. Tidak lama kemudian Nabi s.a.w berkata lagi, "Bawakan kepadaku bahagian kaki." Maka aku pun bertanya, " Ya Rasulullah, kambing mempunyai berapa kaki?" Rasulullah menjawab, " Demi yang jiwa berada di tanganNya, jika engkau diam sahaja maka engkau pasti boleh membawakan kepadaku selama mana aku memintanya."
{Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi, Ahmad dan Darimi}

 
#Sawiq (gandu goreng)
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawasanya,
" Rasulullah s.a.w menghidangkan buah kurma dan sawiq (gandum yang digoreng) di hari pernikahannya dengan Safiyah."
{Hadis Riwayat oleh At- Tarmizi, Abu Dawus, Ibnu Majah dan Ahmad}


#Buah Labu
Dari Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa,
"Adalah Nabi s.a.w menyukai buah labu. Maka tiap kali dihidangkan makanan atau undang ke jamuan saya selalu mengikutinya dan menghidangkan buah labu di hadapannya kerana saya tahu bahawa Baginda s.a.w sangat menyukainya."
{Hadis Riwayat oleh Ahmad, Darimi, Nasa'i dan Abu Dawud}


#Buah Kurma Basah (Ruttab)
Abdullah bin Ja'far r.a meriwayatkan,
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memakan buah timun dan kurma yang masak (basah)."
{Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Darimi dan Ahmad}   
 


# Tembikai
Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa,
"Rasulullah s.a.w pernah memakan buah tembikai dan kurma yang masak (basah)."
{Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Darimi dan Ahmad}

 


#Buah timun yang masih muda
Abdullah bin Ja'far meriwayatkan:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memakan buah timun (muda) dengan kurma (basah). 
(Hadis riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Darimi dan Ahmad)

Rubayy'i bin Mu'wwiz bin Afra' r.a. meriwayatkan,
"Mu'az bin Afra' mengutusku untuk memberikan sebekas kurma dan timun muda yang masih berbulu kepada Baginda s.a.w. Baginda menyukai buah timun, ketika saya menemui rasulullah s.a.w, Baginda baru sahaja mendapat hadiah dari Bahrain. Maka Rasulullah s.a.w memenuhi tangannya dengan hadiah (perhiasan) itu lalu memberikan kepada saya." 
(Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Tabrani)         



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...