Friday 8 April 2016

Cara minum Rasulullah s.a.w.

Rujukan: Biografi Agung Rasulullah s.a.w

Daripada Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa,
"Bahawasanya Nabi s.a.w minum air zamzam dalam keadaan berdiri."
{Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad}

Baginda berdiri ketika minum air zamzam dan menggunakan Qirbah (bekas minuman dari kulit binatang). Hukum perbuatan ini sunnah. Kadang-kadang Baginda minum dalam keadaan berdirir kadang-kadang dalam keadaan duduk sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-As r.a.

"Aku melihat Rasulullah s.a.w kadang-kadang berdiri dan kadang-kadang duduk."
{Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ahmad}

Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik s.a.w., bahawasanya Baginda akan berhenti (bernafas) tiga kali ketika minum segelas air. Ia disebut di dalam hadis berikut,

"Bahawasanya Nabi s.a.w berhenti tiga kali ketika meminum segelas. Baginda bersabda lagi bahawa ia menyegarkan dan memuaskan."
{Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad}



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...